Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

15 August 2010

~Sayu dari telinga dan ingatanku~

Salam.. Lama sudah tidak berbicara .. dan mengadu domba didalam blog ni..
Hari ini sedang aku mengemaskini resume aku.. tiba-tiba hati aku sayu ketika aku mentranslate dari english ke bahasa melayu bahagian kokurikulum ku.. 

Tersenarai banyak sekali aktiviti kokurikulum yang pernah aku sertai dari PUO hingga ke UTHM.. Segalanya adalah islamik. Boleh tersenarai anjuran siapa didala resume aku... 

Owh aku pasti sini adalah pengakhiran aku. aku sendiri yang telah membawa diri aku untuk jauh dari aktiviti-aktiviti yang biasa aku lalui. Memang diri ini terasa sangat lapang senang. Tapi hanya lapang dan senang pada aktiviti yang berfaedah. Sedangkan kesibukan menguruskan hal-hal harian tetap perlu dilalui. Padahal hal-hal harian ini, semua insan dimuka bumi ini perlu lalui dan selesaikan..

Nampaknya tiadalah bezanya aku dengan insan-insan biasa. Tiada lagi terasa keistimewaan untuk diri aku. Aku kini pasti telah berada di platform insan-insan biasa yang terus bekerja untuk hidup. Namun perhentiannya tetap berbeza mengikut takdir serta qada dan qadar yang telah ditetapkan.
Ya Allah.. Aku berharap aku tidak ditinggalkan rahmatMu.. 

p/s: Tiba-tiba rindu datang berbondong-bondong kedalam hatiku.. rinduku pada kalian sahabat-sahabatku.. Moga masih ada tersisa erti sahabat didalam hati kalian buat diriku ini..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails