Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

23 August 2010

~Ulang dan terus Ulang~

Sejak akhir-akhir ini. Kerap kali aku termimpikan sahabat dan sahabiah aku nun jauh di selatan tanah air. Satu persatu wajah mereka silih berganti. Kenapa ye.. Mereka ada masalah ke..?? Tak mungkin. Selagi mereka bersama dan bersatu tiada apa yang tidak dapat diselesaikan oleh mereka. Aku dikejauhan ini hanya mampu berdoa kesejahteraan diri kalian. Moga sentiasa berbahagia dan gembira dalam menjalani kehidupan yang telah ditetapkan. Moga tiada rungut atau keluh yang terhias dibibir kalian. Ternyata diri ini senantiasa merindui diri kalian. Aku hanya mampu melihat dan terus melihat kerana diri ni telah jauh dari kalian.

Bila aku terjaga seringkali aku berfikir. Ingatkah lagi kalian pada diriku. Atau diri aku telah dibuang jauh dari fikiran kalian..

Berulang kali.. terus dan kian terus.. diri ini memohon maaf dari kalian...

p/s: Tarian jari kian lesu dan lemah. Minda sering berfikir dan berputar-putar. Namun perbuatan seringkali tidak berbuat seperti yang dikehendaki.

~Kadang-kadang kita merasakan ini adalah penghujung jalan cerita.. Namun rupanya ia adalah permulaan bagi satu episod baru perjalanan kehidupan~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails