Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

29 August 2010

~Bicara Hati~

Salam...Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan..
Lama sudah tidak berjenguk-jengukkan kedalam blog ini.. Maaf yer wahai blog. Biasalah bila sudah dirumah otak tidak lah dapat berputar selincah yang mungkin kerana tidak banyak perkara yang dapat dilihat dan ditafsirkan.

Namun sejak akhir-akhir ini terasa diri ini sedikit termotivasi kerana berjaya menyiapkan satu kertas kerja.  Semangat yang hadir juga seumpama membuak-buak. Tetapi jiwa masih terasa berat. Biasalah perasaan seorang penggangur banyak perkara yang tidak sepatutnya berputar-putar didalam minda aku sekarang ni.

Dapat ke aku kerja nanti...??
Dah dapat keje sesuai ke ngan aku..??
Mampu ke aku nak hadapi alam pekerjaan aku nanti..??

Namun apabila difikirkan semula, kenapa aku berfikir tentang apa yang aku tak ada lagi. macam mana nak tahu sesuai sedangkan kerja pun aku takde lagi.Sepatutnya aku berfikir...

Macam mana aku nak dapatkan kerja..??
Bagaimana aku nak tahu kerja yang aku nak dapat tu sesuai atau tak..??

Tulah . Kadangkala kita terlalu memikirkan perkara yang tidak penting. Kenapa aku katakan tidak penting kerana... langkah pertama pun aku belum mulakan kenapa nak memikirkan perjalanannya... walau kita tahu apa penghujungnya..

Kadang-kadang aku terasa hidup ini seperti citer indonesia. Kita tahu apa mula dan akhirnya.. namun perjalanannya berliku2 seperti jalan ceritanya.

Hurm.. sampai sini saja la aku nak berbicara.. tiba2x idea itu merambat pergi.. jauh dan terus jauh dari diri aku ini.. da...


~Langit tidak selalunya cerah. namun ia tetap luas walaupun kadangkala ia mendung. Masih tersirat beribu maksud yang mendalam~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails