Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

02 September 2010

~Hanya padaNya akan kembali~



Salam..
Hari ini menari-nari kerinduan jari-jemari aku. Tiba-tiba rasa pilu dan rindu menerjah ke ruang rongga hidupku.. Seorang sahabat telah menulis statusnya di Facebook dan kata-katanya sememangnya menyentap seluruh jiwaku.

Ternyata kenangan bersama arwah kembali bermain indah difikiranku. Aku dan dia ditakdirkan menuntut ilmu bersama-sama disekolah rendah dan menengah. Namun terpisah ketika masing-masing menuntut dimenara gading.

Ingat lagi masa itu. Dalam 2 tahun lepas. Di Kolej Kediaman Tun Fatimah UTHM.. Aku yang sedang berbaring diatas katilku. Tiba-tiba mendapat panggilan dari emak ku dari kuale. Mak aku menyatakan yang rakanku. Iaitu Arwah Umi Husna sudah kembali kerahmatullah. Terkejut dan terkedu aku mendengar berita yang disampaikan. Bibir hanya mampu mengucapkan Innalillah..

Tertanya-tanya aku ...MENGAPA..?? Emak aku bercerita. Ia pergi ketika sedang menyiapkan resume nya bersama-sama rakan-rakannya di UPM. Menurut cerita , ia tiba-tiba jatuh dan rebah.. sebelum tiba ke Pusat Perubatan U ia telah tiada. Difahamkan ia pergi akibat daripada pendarahan didalam paru-paru.. Wallahualam.. Yang datang dan pergi tetap dariNya...

Emak aku yang pergi menziarah ketika jenazah dikebumikan bercerita. Sayu dan pilu keadaan dirumah arwah. Ketika jenazah tiba. ia tiba bersama sebuah bas UPM yang menghantarnya. Rakan-rakan semua membawa barang-barang milik arwah pulang. Kata Nadirah.. Emak Umi berkata.. sebelum ia pergi.. semua barangnya telah dipack-packkan.. macam tahu-tahu saja ia akan pergi jauh..

sampai sini saja kot coretan aku tentang kenangan aku dan ia. kepada sahabatku Allahyarhamah UMI HUSNA ISMAIL moga dikau tenang disana. Moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.. Mungkin esok atau lusa kami menyusul... Al-Fatihah buat dirinya..

Status sahabatku yang dicilok..~

Nadirah Khairuddin Td sy bertemu emak arwah shbt sy di surau, "Ada simpan lagi no telefon Nadirah dlm nset Na, tu pun kalau tak tukar nomborlah..." katanya. Sy sebak&terdiam.Al-Fatihah buat arwah shbt merangkap jiran sy allahyarhamah Umi Husna Ismail, Ya Allah, tempatkannya dlm klgn orang2 yg beriman & beramal soleh.Lapangkan kuburnya&se...lamatkan dia drpd seksaan api neraka. InsyaAllah kami yg lain akan menyusul bertemu Maha Pencipta..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails