Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

01 September 2010

~Rindu bertandang~ Mutiara Hati

Dalam perjalanan pulang dari suatu destinasi.. Tiba-tiba lagu tema Mutiara Hati berkumandang...

"ingatlah wahai manusia"

Yang terjengah dan terterjah kedalam minda aku masa itu adalah. Zila.. Ya.. Shazilla.. Rindunya aku kepada dia.. Ingat lagi waktu PuO dulu.. Aku selalu berbasikal bersama-sama Zila n Nora... Indahnya saat menjadi seorang `rider`... Port utama adalah tepi jabatan awam. Tempat yang kini sudah menjadi sejarah. Antara aku ataupun mereka yang akam menanti di pintu masuk.

Aku juga ingat. Aku selalu lepak kat umah zilla.. rumah dia kat Taman Cempaka (masa tu lah.. sekarang dah pindah Penang rasanya). Pada awalnya, rumah tu didiami oleh Zilla , Kakak dia( aiseh lupa nama dia) n abang dia Syafiq. Lepas tu mai mak dia Makcik and Umi(adik dia). Aku paling xboleh lupa waktu drama Mutiara Hati tengah hangat dipasaran. Kitaorg( termasuk aku yg suka menyemak kat rumah dia) akan berkumpul didepan televisyen menuntun Mutiara Hati.. Bila lagu intro masuk.. Zilla n Syafiq la yang paling suka melalak. Hehehe.. Best saat tu..

Disebabkan zilla adalah ahli group projek akhir . Aku sering berulang balik dari kamsis ke rumah dia menanti basikal. selalunya aku akan balik dalam pukul 12 tghmalam or 1 pagi.. Dan pastinya zilla akan escort aku la balek.. tu sebab sekang Zilla dah jadi polis.. sbb dulu pun dia suka escort orang.. hehehe.. 

Selalu jugak aku tido dirumah dia. Ada sekali tu yang aku ingat. Tengah buat2 keje . Si Syafiq tu datang sembang. Sampai tertido zilla dia tetap xmo blah2x lagi.. yele dah kalo kaki sembang mmg dia xboleh tinggal la.. hehehe..

Ada juga situasi yang mendebarkan dilalu bersama dengannya. Dan ianya biarlah aku sahaja yang tahu. Mungkin kerana itu kot kamu kini terlalu tabah..

Aku juga tak boleh nak lupa sayur kegemaran yang selalu dia masak. Kobis masak telur. hehe.. Sedap dan teringat2x plak aku.. hehe..

Dan yang aku tahu mereka sekeluarga sukakan Ustaz Akhil. Selalu juga derang pasang lagu Kembara di Tanah Gersang .. Telatah mereka selalu menghiburkan... 

Tapi kini masa sudah berlalu. Lama sudah aku tidak ketemu dengannya. Maknya.. kakaknya.. dan abangnya... tidak lupa adiknya Umi..  Biarlah masa berlalu.. berharap ia tidak memamah kenangan aku dan dia.. Berharap juga masa tidak melapah persahabatan yang pernah terbina...

 Pic wif Zilla , Norahah and Syaz

~Kenangan yang terbina adalah sesuatu yang akan dikenang pada hari kemudian... Persahabatan yang pernah teringat pasti tidak akan terungkai~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails