Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

19 September 2010

~Sebak plak tetiba~

Kadang-kadang hati terasa sebak dan sedih bila apa yang kita kehendaki tidak tercapai..
Seringkali aku memujuk hati agar bersabar dan menerima apa yang perlu dan patut diterima..
Terima sahajalah ia bukan untuk diri aku..
Biarlah lirik mata sahaja yang memandang..
Senyum atau ketawa ia tidak sepatutnya disimpan dan terus diingat..
Lupa dan terus lupakan adalah sesuatu yang perlu..

Walau kadang kala di hati tetap terlintas..
Namun seharusnya dibiarkan sahaja ia melintas..
Bukannya ditahan dan dihiasi dengan kenangan-kenangan silam..
Tidak juga seharusnya ditahan dan diselangi dengan sedu kesedihan..
Tiada nilai ataupun makna jika dibiarkan airmata itu mengalir..
Kerana yang pasti ia tidak akan mendengar mahupun mengetahui..

Walau kadangkala aku mengirimkan salam rinduku bersama tiupan angin...
Namun pasti tidak kesampaian kerana tiupan angin sering kali berubah arah..
Seringkali juga aku mengirimkan rinduku didalam doaku..
Namun mungkin tidak kesampaian kerana banyak lagi dosa yang belum terampun..
Ada juga aku kirimkan rinduku didalam bait-bait lagu..
Namun pasti sumbang jika sampai salam rinduku padanya..

Tapi yang pasti..  Ia bukan untuk aku...
Sabar je la...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails