Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

20 September 2010

~Xpuas hati~

Terasa kadang-kadang aku tak berpuas hati..

Kenapa...???

Mungkin kerana aku tidak pernah hendak mensyukuri apa yang aku ada kot..
Sampai kadang kala.. aku terasa bagai melayang-layang hidup aku kini..
Tiada pedomankah aku...?
Tiada pegangankah aku...?

Tidak ....

Aku masih lagi teguh berpaut pada taliMu Ya Allah..

Namun gusar dihati seringkali membuatkan hati aku bengkak..
Tersentap tiba-tiba jika perkara yang tidak ingin aku berlaku..
Tersirap juga darahku ke muka..
Sejuk... Sejuk menyirap ke seluruh muka ku .. 
Dan terus menyirap ke cuping telingaku...
Bukan panas.. namun sejuk...
Berpeluh dingin juga kadang kala...

Aku inginkan ini.. tapi yang dapat adalah itu..
Aku inginkan itu ... tapi yang dapat adalah ini..
Aku mahukan yang itu.. tapi yang diperolehi adalah ini..
Aku mahukan yang ini.. tapi yang diperolehi adalah itu..

Kenapa.. kenapa...

Teruslah bersoal wahai aku.....
Kerana itulah dinamakan takdir..
Seandainya apa yang dikehendaki terus diperolehi..
Sempurna sudah hidupmu..
Namun jika gagal dan berjaya selepas itu..
itulah yang lebih bermakna untuk kehidupan..
Kegagalan dan kejayaan itulah yang akan dikenang sehingga bila-bila...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails