Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

04 November 2010

~Cartoon In My Life~

Assalamualaikum... Dan Salam Hari-hari....

Tiada topik dah rasanya nak diulas. tapi sayang hari berlalu tanpa melihat blog ini ter`updated`. So .. hari ni aku nak bercerita tentang kartun-kartun yang memang menjadi kegemaran aku. Kalau ada tayang kat TV jangan le kome kaco.. Meleleh tengok Tv le teman. Waktu ni memang sangat malas nak berfikir tentang dunia nyata. Alangkah indahnya menjadi kartun. Hehe...

1`st ~ Doraemon


 Aku memang membesar dengan cerita kartun ni. Banyak sangat alat-alat canggih dia yang aku suka. Paling aku suka "dompet mengambil barang dimana saja" . hehe sangat best. Manakala cerita panjang bagi siri doraemon yang paling menyentuh hati dan perasaan aku adalah "Kisah negara awan" . Dari sekolah rendah aku dah tengok citer tu sbb abah aku belikan tape ( dulu mana de vcd ni) . Sekarang ni dia tayang balik kat Astro Ceria. hehe.. lagu dia.. ish.. sedih ooo...

2`nd ~ Detective Conan


Siri kartun ni aku kumpul komik dia. Sekarang dah nak masuk siri 60 kot. tapi aku berhenti sampai 40 lebih sebab tiba-tiba keluaran dia macam terhenti seketika. Dah tu sekang ni kalo nak beli je aku beli. Hehe.. Kisah ni aku ikut dari episod mula. Watak Shinichi Kudo yang jadi kecik maka terbitlah Conan Edogawa.. Cute giler citer ni. Tapi bila nak abes nye entah.. xpaham aku.. Ada satu episod aku tertinggal ada sape-sape tahu tak.?? citer waktu menara tokyo ada bom tu.. Apa sambungan dia eh..

 3`th - Fairy OddParents!


Citer ni dah beso baru aku layan ni .Best citer pasal sorang budak nama Timmy ada penjaga pari-pari yang bernama Wanda dan Kosmo. Wanda adalah bijak dan husband dia tengin sikit si Kosmo. Tapi Timmy ni pun pelik sebab banyak sangat permintaan tak masuk akal. Tapi aku suka..
~Enjoy~

 4`th ~ The Marvelous Misadventure of Flapjack


 Ni siri dari Channel Cartoon Network. Best2x. tambah2x si Flapjack yang comel. walaupun selalu kena buli dengan Captain Kanekel ( aku xtau nak eja la..) . Derang ni menginap didalam perut Bubbies ikan paus. Ikan paus ni sangat sayangkan Flapjack, Bubbies selalu cakap. "Dimana sayang saya..?" . Hehe. mereka percayakan adanya Pulau Candy.... Hehehe

 5`th ~ Chowder


Aku suka cerita ini. Ia tentang seorang Chef Mudd yang suka memasak. Chowder pulak sekartun ( sebab bukan org nak seorang.. hahaha) yang makan apa saja. Walaupun dia kecil tapi makan mcm2x. Chowder adalah sekartun arnab.. Hahaha. Cara memasaknya kadangkala pelik. Macam2x cara yang dibuat. Aku paling suka bila mereka memasak sambil menyanyi. Shalalala~

6`th~ Nintama Ninja Boy



 Cerita ni tentang 3 orang Ninja Muda yang sedang belajar di sekolah ninja. Sinbe , Nantaro dan Kirimaru. BEst citer ni . walaupun derang ni macam bangang2x sikit tapi sangat baik. Cikgu sekolah pun selalu bagi derang ni tugasan. Hehe. KAdang2 aku teringin nak makan makanan makcik kantin sekolah ni dan dango yang Sinbe selalu makan tu.. Nyum2x..

7`th ~ Phineas and Ferb


 Seratus tiga hari panjangnya cuti ku.... Itu lagu intro dia. Hehe.. Cerita ni best sebab banyak teknologi hebat yang digunakan.. Tapi paling best cerita ni banyak lagu. Lagu paling best Adalah Gitchi Gitchi Go Means I Love You.. Hehe.. Citer ni pasal dua dek beradek tiri rasanya.. Selalu sangat mencipta macam2x la.. Best2x..

 8`th ~ Shin Chan


Hey..hey.. Hey.. I like.. Citer ni.. Sgt chumels.. Alololo tambah-tambah adik dia Himawari. Hehe.. Komik dia ni sangat banyak kat rumah yer.. hahaha. Aku paling suka waktu rumah dia meletup. Derang dok kat aparment apa tah nama dia. Hehe.. Paling sedih waktu kisah Pakwe Cikgu Matsuzaka tu mati kena letupan kat India.. Isk.. Pilu ooooo...

 9`th ~ Spongebob Squarepants


Ni citer ni best. Aku paling suka lagu ~A Best Day Ever~ hehehehe.. syok.. rasa mcm sedap je krusty crab dia tu.. sangat-sangat mahu.... Semua kisah dia sangat best. sampai cerita yang lama aku dah hafal dah pun... Bila ada cerita baru memang sangat excited.. Yayyyy...Yayyy.yayyyy... It a best day ever........

Sampai sini je le kot. aku dah malas tiba2x. haha

Mood: Sedikit bagus.. macam bagus.. haha
Jiwa : Jiwa kosong... Yayyyy
Cuaca: Redup saja..
Kewangan: ~EmpTy~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails