Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

28 December 2010

~Berubah-rubah~

Hey... Bertemu lagi kita didalam entry yang berikutnya...  Hari ini aku mahu mengupas tajuk yang berkaitan dengan body language. Ternyata aku bukanlah seseorang yang pakar didalam bidang ini dan yang lebih tepat lagi aku sememangnya tak pernah belajar tentang bidang ini.

Namun kali ini, aku mengulas berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman sendiri. 

Pernahkah anda berada didalam sesuatu taklimat mahupun majlis yang rasmi. Bagaimana cara dan perlakuan anda didalam majlis tersebut. Pastinya harus kena dengan majlis.

Tetapi perasan ataupun tidak. Jika tiba-tiba penumpuan diberikan kepada sekelompok individu yang minoriti bilangannya didalam majlis pasti kelompok minoriti ini akan berubah tingkah lakunya. Aku tidak dapat memastikan sejauh mana kebenarannya. Namun jika dilihat pada situasi, didalam suatu taklimat terdapat pelbagai kelompok. Tiba-tiba moderator taklimat berkata sesuatu mengenai kelompok minoriti sambil diperkenalkan kepada seluruh sidang taklimat. Secara tiba-tiba kita boleh dapati ada diantara ahli didalam kelompok ini tiba-tiba menjadi seorang yang sangat bagus tingkah laku nya. Tiba-tiba mata yang layu mahupun diri yang lesu menjadi segar.

Secara sedar mahupun tidak, tiba-tiba ahli ini akan menjadi rajin untuk menyalin sepatah dua kata. Menandakan tanda didalam lampiran yang diberikan. Dan yang paling ketara adalah, leher mereka seolah-oleh menjadi panjang. Menjenguk serta kelihatan seperti khusyuk yang melampau. Ada ketikanya kepalanya diangguk-angguk menyatakan tanda setuju dengan apa yang disampaikan. Terdapat juga yang tiba-tiba ramah dengan orang yang duduk disebelahnya walaupun ia tidak pernah mengenali orang itu. Ketika itu, ahli kelompok itu seumpama berubah menjadi moderator taklimat. Kerana dia yang bercerita secara mendalam kepada orang sebelah.

Hehe.. Kalau anda rajinlah. Nanti bila dengar taklimat. Perhatikan setiap insan yang berada disekeliling anda. Pasti anda akan melihat perkara yang aku nyatakan.. Hehehe

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails