Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

28 December 2010

~Nota perjalanan seorang pelajar~

*mode serius*

Hari ini adalah hari kedua aku sebagai seorang pelajar siswazah. Namun dihari kedua ini, kami hanya didedahkan dengan taklimat secara menyeluruh mengenai program yang dilalui. Sedikit sebanyak dapat memberikan aku maklumat secara umum mengenai subjek yang akan dipelajari. 

Konsep yang ditekankan adalah berkonsepkan mencari dan meneroka ilmu. Program kali ini berbeza dengan program yang telah aku lalui dahulu diperingkat diploma mahupun ijazah sarjana muda. Di mana setiap pelajar masih diberi dan disuap dengan ilmu dan pengetahuan.

Program ini juga menekankan setiap perkara yang berlaku adalah diatas perbuatan kita sendiri. Jangan sesekali meletakkan kesulitan ataupun kesalahan itu pada orang lain. Namun letaklah kesalahan itu diatas diri kita sendiri. Setiap yang terjadi adalah boleh dielakkan namun dengan usaha diri sendiri ataupun perbuatan diri yang dapat mengubah segalanya. 

Jangan merayu untuk mengelak daripada peraturan. Ia membawa makna, jangan mencipta sesuatu alasan untuk mengelak daripada mengikuti aktiviti atau pun program yang telah dianjurkan. Contohnya, kita menjadikan alasan menjayakan majlis untuk mengelak daripada menghadiri kelas.

Moderator juga menekankan yang setiap pelajar sarjana telah pun menyediakan dirinya sebagai seorang pelajar mulai daripada ia mengisi borang memohon untuk melanjutkan pengajian. Ahli sarjana seringkali dipandang sebagai orang bijak pandai dan mempunyai intelektual yang tinggi. Namun sejauh mana keupayaan seseorang ahli sarjana itu bergantung kepada usaha mereka sendiri. 

Masa kini, dilihat golongan artis kerap kali menjadi idola kepada orang ramai. Atas aspek-aspek tertentu golongan ini sering dipuja-puja oleh setiap lapisan masyarakat. Lambakan program realiti di media elektronik kini juga menjadi aspek utama menjadikan golongan ini mendapat tempat dihati peminat. 

Moderator taklimat juga telah membuka minda pendengar untuk membuat perbandingan diantara golongan artis dengan golongan intelek. Jelas sebenarnya membuktikan golongan intelektual dipandang tinggi oleh masyarakat. Rasa hormat dan rendah diri sering tergambar dengan sedar mahupun tidak sedar oleh setiap masyarakat apabila bertemu mahupun berkomunikasi dengan golongan intelek. 

Pada peringkat ini, setiap pelajar siswazah seharusnya mengambil penting setiap maklumat yang diberikan. Oleh kerana pihak yang bertanggungjawab menyampaikan setiap maklumat hanya akan memaklumkan sekali sahaja setiap maklumat. Setiap pelajar perlu mencatat setiap arahan yang diberikan. Sepatutnya ditahap ini, setiap pelajar siswazah harus mengingati arahan dan bukannya menunggu untuk diingatkan kembali arahan yang telah diberikan.

Setakat ini sahaja. Aku dapat menyampai sedikit sebanyak maklumat dan informasi kepada setiap pembaca. Diharapkan yang terbaik diambil dan yang terburuk saling di ingati.

p/s: tengah berlatih membuat penulisan demi penulisan. harus membiasakan diri dengan kata-kata dan penggunaan ayat yang betul. Sebab lepas ini aku harus menyediakan lebih banyak penulisan yang berkaitan dengan pendidikan.

Nota nak kena kaki:

Pisst...Pisst.... Fami.. aku dah reti menulis la... hahaha.. harap nanti ada la orang nak puji aku macam orang puji ko punya penulisan yer.. nak masuk dalam senarai jurnal gak macam ko.. hehe... harap laaa.....


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails