Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

18 December 2010

~Sedar la diri~


SEDAR LA DIRI

KITA harus malu kepada Allah (dan diri kita sendiri juga),jika kita inginkan jodoh yang baik sedangkan diri kita tidak baik.Kekadang lucu juga bila mendengar cerita betapa ada pemuda yang tunggang langgang hidupnya di bandar,kaki botol,berpeleseran,berjudi dan lain-lain perbuatan maksiat tetapi bila hendak berumahtangga minta ibu carikan wanita yang solehah di kampung.

Maaf,ada di antara mereka yang berkata,wanita yang jahat mana boleh di jadikan isteri...jadi bini bolehlah..Mereka tidak sedar,yang sebenarnya mereka juga tidak layak dijadikan suami,hanya boleh jadi laki! Namun itulah fitrah tabi'e manusia,walau diri sejahat mana sekalipun tetapi tetap inginkan yang baik.

Apa pandangan kita tentang ini?anda menerima lelaki yang semacam itu?Saya tidak persoalkan kewajaran kita mendidik selepas berkahwin nanti,tetapi jika diberi pilihan apakah pilihan anda??

p/s: Di Copy di Gambar Fan 1986 GHIMO

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails