Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

31 December 2010

~Selesa dah.. Cukup lah...~

Selamat berhari minggu...

Hari ini ketika aku sedang membasuh kain. aku termerungut-rungut, kenapa kena basuh kain guna tangan ni padahal kat rumah takde guna pun tangan semua masuk mesin...

Tapi pernahkah kita bertanya, apa yang kita sedang hadapi di rumah sewa ni samakah dengan yang kita hadapi di rumah kita. Yang mana lebih selesa.. Semestinya dirumah asal kita. Namun keperluan itu pula bagaimana. JIka dirumah kita semua barang akan dikongsi dengan seisi keluarga. Dan bila di rumah sewa semestinya barangan itu lebih kepada peribadi.

Bagi aku, yang ada dirumah sewa ini memang boleh dikatakan lebih selesa. Kenapa mesti aku mahu merungut susah dan payah. Andai diberitahu kepada keluarga pasti mereka akan menyediakan yang terbaik untuk kita. Tetapi, adakah perlu kesenangan kita diatas kepayahan mereka..?

Bila dikenangkan, banyak wang dan ringgit telah digunakan sepanjang aku membesar. Dari lahir hingga ke hari ini puluhan ribu ataupun lebih telah digunakan kepada aku dan adik beradik yang lain. Tetapi sejauh mana aku bersyukur dan merasa cukup dengan nikmat yang diberikan...

Ya Allah jadikanlah aku insan yang bersyukur. Janganlah dikau jadikan aku orang yang kufur nikmat... Amin

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails