Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

31 December 2010

~Tajuk yang aku benci...~

Bekas isteri Akhil Hayy terbabit kemalangan, kandungan selamat

IPOH: "Saya bersyukur kandungan selamat walaupun doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil," kata Maizawati Zainal, 35, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy, yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas kereta dinaiki keluarganya terbabit dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, Selasa lalu.

Beliau yang mengandung hampir lima bulan berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.15 pagi selepas kereta dipandunya merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U dan memasuki laluannya.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan dirinya pengsan selain beberapa anggota badan cedera termasuk di dahi dan patah tangan kiri hingga terpaksa dirawat di hospital itu.
Katanya, tiga anaknya iaitu Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3; Muhamad Shariff Hidayahtullah, 12; dan Siti Nur Maisarah, 13, bernasib baik kerana hanya cedera ringan manakala suaminya, Mohd Yasin Ben@Abdul Rahim, 23, tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Sejurus sebelum kejadian, saya bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Utama, Bercham selepas menghantar rakan kami ke Stesen Bas Medan Gopeng untuk ke Singapura," katanya. 

Aku tak paham la dengan media sekarang ni.. Perlu ke dia nak buat tajuk akhbar macam ni... Apa itu bekas-bekas ha.... "tulis je Maiza kemalangan , kandungan selamat" 

Hellow nak kena mention kan gak nama Akhil Hayy ke... Ok..ok.. aku tak cakap aku back up Ustaz... BUT * aku besarkan .. bukak sket otak tu....* dia tu dah kawen lain kan.. tulis je la nama dia je .. tak pun.. tajuk..... Isteri Yasin Ben kemalangan, kandungan selamat...

hellow-hellow... salah ke tulis nama Maiza je... Oh... yelah.. mana glamer kan.. kalo tulis Maiza je nanti orang cakap.. sapa tu Maiza.... yayy..Yayy...

emo la aku gini... marah tambah bengang... Nak babitkan lagi ke nama bekas-bekas ni.. tak payah la labu kundur oi.... Ustaz Akhil dah bahagia ngan famili dia... dan Maiza pun dah ada laki dia sendiri yang semua tanggungjawab tu kepada laki dia la ... ada paham cik labu kundur... Sebelum Ustaz Akhil pun dia kan dah pernah kawin dah... kenapa tak mention nama bekas suami dia tu...

Benci aku membaca tajuk akhbar macam ni.... Bab nak menjatuhkan golongan yang mendukung agama memang senang... Sengal.... 

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails