Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

05 January 2011

~Blur.. Aku blur...~

Hola... Hola... 

Tertanya-tanya juga didalam hati.. Kenapakah dan mengapakah...? Aku menjadi tawar dengan blog baru-baru ini.. Adakah kerana kesibukan mula mewarnai kehidupan harian aku... Namun percayalah jauh disudut hati ini pelbagai yang mahu dikongsikan dengan rakan-rakan blogger semua.

Tapi seperti yang dinyatakan, sibuk itu lebih dari lapangnya. Liku kehidupan aku kini lebih dihiasi dengan kerja-kerja yang lebih berfaedah. Ternyata alam pembelajaran adalah suatu yang sukar. Lebih sukar bila air yang hendak diceduk bukanlah diceduk ditempat biasa kita mengambil air. 

Dalam percaya atau tidak. Blur itu lebih mencerminkan raut muka pada masa kini.. Apa itu Psikologi...? Apa itu Pedagogi...? Apa itu Penyelidikan...? Apa itu Falsafah...? Kenapa semua ayat-ayat itu berlari-lari megah didalam ruang ingatan aku kini. Ternyata hari demi hari momentumnya kian bertambah. Tenaga yang dibekalkan lebih menambahkan semangat persoalan aku kini. Hentaman demi hentaman kian bertambah kuatnya. Persoalan terus bersarang namun jawapannya masih kabur lagi..

Kenapa amat payah...? Kenapa amat susah...? 

Lebih parah rasanya bila insan disekeliling mengambarkan segalanya mudah dan bukan nya payah seperti yang kita rasakan.. Adakah minda ini terlalu tepu...? Adakah minda ini juga sudah tidak mampu menampung henyakkan demi henyakkan persoalan yang hadir.

Masalahnya baru permulaan jalannya sudah kabur.. Bagaimana dengan dipertengahannya... Penghujungnya pula.. tak perlu dicakap...Pasti menjadi sebuah perjalanan yang sangat jauh..

P/s: Falsafah adalah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran. *ayat yang diberikan oleh Encik NurFahmi

Nota nak kena kaki:

Habes kredit aku bergayut ngan senpai teknik dan vokasional. Kenapa nampak macam mudah saja kamu belajar.. waaa.. terpaksa letak nama kau fami panjang sket.. sebab dak kelas aku pun ada gak nama fami.. tapi sangat-sangat nerd rupa nyer.. ish2x..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails