|Jangan buang MASA|Tepati MASA|Demi MASA|Jangan curi MASA|Masa itu emas|MASA cemburui kita|MASA hidup buat baik|
Everything about MASA. What is MASA..? MASA is TIME... What is TIME...? TIME is MASA...
وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3).
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]
Ramai yang menyatakan tidak mempunyai cukup masa untuk menyelesaikan kerja yang telah diberikan. Setiap manusia di dunia ini telah diberikan 24 jam sehari semalam untuk digunakan secara baik bagi menyelesaikan segala masalah. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu, sebulan , setahun dan seterusnya akan memberi faedah kepada yang pandai mengurus masa dengan baik.
Bagaimana hendak menguruskan masa dengan baik? Penggunaan masa yang diberikan adalah bergantung kepada aktiviti dan perkara yang dilakukan oleh seseorang. Namun perlu di ingat ada masa yang akan dilalui sebelum melalui masa yang akan mendatang. Sering kita di ingatkan dengan 5 perkara sebelum 5 perkara. Secara tidak langsung ia menggambarkan penggunaan masa itu sangat penting kepada setiap manusia didunia ini.
5 perkara sebelum 5 perkara:
1. Masa hidup sebelum mati
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa muda sebelum tua
4. Masa kaya sebelum miskin
5. Masa senang sebelum susah
Jadi peringatan kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Agar menggunakan waktu dengan berkesan..
1 Komen:
good and well done
Post a Comment