Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

15 January 2011

~Kita pasti akan sendiri kelak - siri II~

" Salam... Pagi tadi, lepas subuh Kira sudah pergi menghadap Illahi.. Innalillah"

Urm... Ungkapan ayat seperti itu yang sebolehnya aku rasa aku taknak dengar. Tapi apa kan daya. Ajal dan maut itu adalah pasti. Sudah tertulis yang semua yang hidup akan mati. 

Setiap detik yang berlalu lebih membawa kita hampir dengan kematian. Setiap detik yang berdetik mengurangkan lagi masa kita didunia ini. Setiap detik yang berlalu jugalah yang akan mempercepatkan masa itu. 

Detik yang berlalu pastinya tidak boleh dihentikan. Biar pun satu saat sekalipun. Detik tetap akan bergerak. Tidak mungkin dan itu adalah kenyataan masa itu tidak boleh dihentikan.

Seringkali, persoalan hidup didunia ini di ajukan. 

"Sampai bila semua ini akan berakhir"
Berakhirnya untuk penghujung yang mana....? Kehidupan ini tidaklah seindah drama-drama filem yang kita tonton. Setiap drama pasti ada pemulaan, plot jalan cerita dan penghujung. Walaupun ia kelihatan sama namun ia tidak serupa. Penghujung bagi drama selalunya ditamatkan dengan pengakhiran yang indah mahupun sedih. Tetapi penghujung bagi kehidupan adalah nyata iaitu...

MATI

Ramai yang bila dinyatakan tentang kematian mereka seakan-akan mahu melarikan diri. Bagi mereka biarlah yang mati tu memang dah di takdirkan mati. Sedangkan setiap kali adanya kematian ia seharusnya di jadikan ikhtibar kepada kita yang masih hidup.

Sentiasalah ingatkan kematian. Kerana kematian itu semakin hari semakin hampir dengan kita. Bersedialah disetiap detik dan ketika.

Kerana kita pasti akan sendiri kelak.....

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails