Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

13 January 2011

~Elemen sebagai seorang guru~

Salam berbicara Ilmiah...

Hari ini didalam kelas Pedagogi, aku telah diajar mengenai aspek-aspek yang perlu ada untuk bergelar seorang guru. Setiap aspek perlulah dimiliki dan dikuasai oleh setiap bakal-bakal guru mahupun pengajar... Untuk memudahkan pemahaman. Aku sertakan sedikit gambar yang aku lukis.. Hehehe.. Serta sedikit ulasan dari pemahaman aku..

Tajuk: Aspek-aspek yang perlu dimiliki dan dikuasai oleh bakal guru.
Pengajar : Tn Haji Ashari Bin Sikor.
Pengulas : Noor Hafizah Binti Abd. Rahim
Tarikh: 13 Jan 2011

Sebagai seorang bakal guru 3 aspek perlu dimiliki dan dikuasai. 3 aspek itu adalah Ilmu , Kemahiran dan Sahsiah.. Berdasarkan rajah yang disertakan 3 aspek ini terdiri daripada aspek yang berlainan. Namun bila digabungkan  seumpama ia saling lengkap melengkapi.

Aspek yang pertama adalah I iaitu ilmu. Bagi peringkat sekarang ini untuk program Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Di yakini semua pelajar sudah mempunyai ilmu. Bidang yang akan di ajar adalah sama seperti ijazah pertama ketika di peringkat Ijazah Sarjana Muda. 

Tetapi perlu di ingat. Menuntut ilmu adalah satu perkara yang berterusan. Ilmu itu adalah suatu yang bersifat meluas. Tiada sempadan ketika menimba ilmu selagi tidak bertentangan dengan syarak..

2 ayat yang menyokong menuntut ilmu adalah harus dilakukan selagi kita hidup.

"Tuntutlah ilmu walau ke Negeri China"

"Tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad"

Menuntut ilmu walau ke negeri china bukanlah bermaksud kita hanya menuntut ilmu di negeri china. Tetapi ayat ini menggambarkan bahawa ilmu itu tidak terbatas dan terpisah oleh sempadan. Ilmu boleh dipelajari untuk mengharmonikan lagi kehidupan. Secara tidak langsung dapat membangunkan kemajuan negara. Manakala tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad pula bermaksud, selagi nyawa dikandung badan. Ilmu itu harus dipelajari. Dari dilahirkan sebagai seorang bayi, kita telah di alunkan dengan alunan azan dan iqamah. Dan sehinggalah kita menghembuskan nafas terakhir kita tetap di ajar tentang soalan-soalan di alam kubur.

Manakala aspek yang kedua adalah K iaitu kemahiran. Peringkat kemahiran adalah peringkat dimana sedang dilalui oleh pelajar PTV kini. Pelbagai kemahiran mengajar sedang dipelajari. Pelbagai teknik dan cara bakal di praktikkan untuk membina pelajar yang berilmu dan berkemahiran.

Dan aspek yang ketiga adalah S iaitu Sahsiah. Dimana sahsiah membawa maksud nilai-nilai murni. Nilai murni yang tinggi harus ada pada setiap bakal guru. Guru adalah suatu bidang yang seringkali dipandang mulia dan dipandang tinggi. Oleh itu, kita sebagai seorang bakal guru haruslah menerapkan nilai-nilai murni didalam setiap perlakuan dan perbuatan kita. Gaya kita harus seperti guru, Senyum kita harus seperti guru, cakap kita harus seperti guru. Pendek kata segala-galanya harus menunjukkan kita ini seorang guru ataupun pendidik.

3 aspek yang dinyatakan diatas telah dibatasi dengan satu garis sempadan (boarder) dimana setiap bakal guru harus tahu dan paham setiap perbuatan dan perlakuan tidak boleh melepasi sempadan yang ditetapkan. Sempadan yang dinyatakan adalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ).

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."  ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Dimana setiap perlakuan dan perbuatan seorang guru itu haruslah untuk memperkembangkan potensi bagi mewujudkan individu yang seimbang dan harmonis. Elemen penting yang harus dihadam oleh guru adalah JERI (Jasmani, Emosi,Rohani,Intelek) namun harus ditambah elemen sosial untuk memenuhi keperluan semasa. Falsafah pendidikan juga menekan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Ini menunjukkan bahasa elemen agama haruslah seiring dengan elemen pendidikan semasa kerana ia saling melengkapi. Yang lebih penting adalah hasilnya, dimana akan melahirkan masyarakat dan negara yang harmoni dan makmur.

Namun begitu dua perkara yang dinyatakan diatas adalah berdasarkan 3K. Dimana 3K membawa maksud Ketuhanan, Kendiri dan Kemasyarakatan. 3K ini adalah elemen yang diceduk dari Falsafah Pendidikan Islam.  Ketuhanan memberi erti, segala perbuatan haruslah Kerana Allah Taala (Lillahi Taala). Sebagai seorang muslim, setiap perbuatan juga haruslah dilakukan ikhlas demi Tuhan yang Esa. Niat yang murni iaitu mendidik adalah suatu perkara yang paling mulia. Moga setiap ilmu berguna yang diajar akan dipanjangkan agar sentiasa memberi pahala kepada kita.

Kendiri pula diertikan sebagai kita harus berusaha untuk menambah baik diri kita. Tidak boleh sentiasa berada ditakuk lama. Minda harus diprogramkan agar sentiasa inginkan pembaharuan. Setiap hari harus ada perubahan dan bertambah baik.

Kemasyarakat adalah elemen yang paling penting harus ada sebagai seorang guru. Guru adalah satu model yang akan menjadi ikutan dan tumpuan masyarakat. Tugas yang dilaksanakan adalah untuk memberi pendidikan kepada masyarakat. Guru adalah sebahagian daripada masyarakat. Dan masyarakat adalah sebahagian daripada guru. Jelas menunjukkan peranan guru didalam pembentukan masyarakat adalah penting. Guru harus boleh hidup ditengah-tengah masyarakat.

Begitulah panjang dan lebarnya ulasan daripada aku. Moga ia dapat dikongsikan dengan semua yang membaca.....

1 Komen:

Anonymous said...

hebat dan berbakat

Related Posts with Thumbnails