Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

14 January 2011

~Maya dan nyata yang berbeza~

Hey Hoo...!!

Hari ini tiada bicara ilmiah.Namun hari ini aku ingin mengulas tentang bicara sosial sesorang dilaman sosial dan di kehidupan yang nyata.

Pernah atau tidak korang bertemu dengan seseorang yang sangat lantang dan aktif berstatus mahupun mengomen status rakan-rakan di laman sosial. Bila di alam vitual, lancar dan lantang berbicara maya. Setiap ayat yang dipakai tersusun dan ohoo.. Bolehlah dikatakan over the rainbow... Seperti ianya dialam nyata sungguh ramah. ( Giler sejak aku amek master ni ayat aku tersusun gileer)

Tapi cuba tengok bila ia di alam nyata. Omg...Omg... Selisih tepi pun macam tak kenal... Yang pastinya mereka-mereka ini tidak berperwatakan seperti di alam maya. Banyak dah pengalaman yang aku dah tempuhi hingga menyebabkan golongan yang sebegini sememangnya amat malas nak layan.  

Sehinggakan kadang-kala aku terfikir. Golongan sebegini adalah golongan orang yang mempunyai konflik perwatakan. Dirinya ingin menjadi aktif dan lantang namun perwatakannya masih lagi dibelenggu dengan pelbagai perasaan.

Mungkin perasaan malu untuk berubah. Mungkin juga sebab tidak biasa dengan gaya yang baru. Dan mungkin disebabkan sebab-sebab yang lain. Tapi bagi aku, jadilah seperti apa yang kita hendak selagi tak over.. Selagi tak menyusahkan orang lain.. Selagi tak menjelekkan...

Mungkin tak layak aku berbicara tentang topik ini. Kerana mungkin diri aku juga pernah melakukan perkara yang sama kepada orang lain. Aku memang ada seorang teman yang memang aku akan lancar dan senang berbicara di dalam sms... Setiap masalah pasti akan dikongsikan dengan dia. Tetapi diluar payah rasanya untuk berbicara masalah. Hehehe.. so far aku rasa aku ok lagi.. hehe..

Okeh sampai disini sahaja.. Bagi yang mempunyai konflik personaliti itu, seharusnya anda perlu yakin dengan personaliti yang anda minati... Berubah itu perlu selagi dapat menambahbaikkan diri..

1 Komen:

Anonymous said...

teruskan dgn penulisan blog dan selamat bercuti

Related Posts with Thumbnails