Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

15 January 2011

~Kakak.. kakak buat apa tu..?~

"Kakak.... Kakak buat apa tu...?"

Terngiang-ngiang suara budak kecil anak kepada jiran sebelah rumah aku. Pagi-pagi lagi ketika menjemput tuan rumah masuk ke rumah untuk membaiki lampu dapur yang rosak, aku berdiri di pagar dan anak jiran itu terus bertanya dengan raut muka yang tenang.

Kening yang tebal persis ibunya yang menunggu duduk di muka pintu. Aku perasan dengan sedikit jelingan yang diberikan. Aku tahu, kehadiran aku dan teman serumahku sebenarnya kurang menyenangkan hati jiranku. Sebab apa..? Aku pun kurang pasti dengan situasi itu. 

Walaupun di awal-awal kami telah dimarahi oleh bapa budak kecil itu hanya kerana sampah didalam tong sampah rumahnya. Namun raut budak kecik itu tetap terbayang di ruang minda aku.

Kenapa ...?

Memang boleh dinyatakan hati masih terbungkam rasa marah terhadap jiran aku. Namun apa salah budak kecil itu yang tidak tahu apa-apa lagi pun. Walaupun ibu dan bapanya berperangai kurang menyenangkan hati aku namun kenapa perlu melepaskan geram terhadap budak kecil itu.

" Kakak.. Kakak pergi kerja ke...?"

Soalan lain pula di ajukan kepada teman serumahku. Memang itu sepatutnya soalan yang sinonim dinyatakan oleh budak kecil sebaya itu. Soalan yang biasa namun tetap menggambarkan kehidupan harian budak kecil itu. 

Mungkin itu soalan yang kerap ditanya kepada ibu dan bapanya apabila dia melihat perlakuan ibu dan bapanya.Bila melihat ibunya membuat sesuatu pasti ditanya... "Ibu.. Ibu buat apa tu..." dan bila melihat ayahnya menghidupkan motor dan keluar rumah.. pasti persoalan yang bermain " Ayah... Ayah pergi kerja ke...?"

Oh.. Ya.. aku lupa.. budak itu masih difasa pembelajaran. Moga ibu dan bapanya mendidik ia menjadi insan yang berguna.. Amin...

p/s: sempatla juga aku memaniskan muka untuk melemparkan senyuman kepada makcik yang kelihatan tajam memandang...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails