Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

25 May 2011

~Kisah Taman Pintas Jaya Gurlz~

Kembali lagi.. Yezza... ehh lupa..

Salam kembali... 

Dalam aku berbosan-bosanan di rumah ni.. Tiba-tiba kenangan di rumah sewa Taman Pintas Jaya tergamit-gamit didalam minda aku ini... 

Pelbagai suka dan diduka ditempuhi didalam rumah tu.. Ingat.. ada lagi setahun aku kena bermastautin di rumah itu.. Hehe... 

Ada satu citer yang memang tak dapat aku lupa kan.. Dimana rumah kami dilanda misteri... Giler weii.. memang misteri...

Kisah ini berlaku ketika seisi rumah sedang sibuk study... Aku seperti biasa kadang-kadang suka mengada-ngada di meja Lia... Sedang berbicara dan menyiapkan kerja.. Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di pintu... Tap..Tap..Tap...

Aku secara tidak langsung saling berpandangan dengan Lia... "Mungkin Cik Cicak kot.... biasa la memalam gini" getus hati yang bergetar kecut...

Sekali lagi . Tap..Tap..Tap... semakin laju dan kerap.. Kepala aku mulai seram sejuk.. Tetapi masih di cool kan keadaan dengan gaya yang bersahaja sahaja.. Ifa mula tersentak mengadap didepan laptopnya... Omg..Omg... What had been happen ....???  

Dan sekali lagi.. dengan rancaknya persis orang mengetup pintu.. "Tap...Tap...Tap...Tap..." Tersentap... bergetar jari jemari aku.. Lia dengan bersahaja bercakap.. " Ifa ... kamu takmo pasang zikir apa-apa ke dari laptop kamu tu..." Tapi belum sempat Ifa memainkan apa-apa.. Bunyi itu semakin kuat....

Lia dengan secara langsungnya tiba-tiba.. terus berzikir dengan kuat sekali.. ternyata bunyi itu terus berhenti... Setelah beberapa minit. Lia berhenti.... Ingatkan dan cool dan atmospera.. Tetapi malang sekali.. Bunyi nya kembali...

Terkial-kial Ifa mencari zikir di youtube... Berdenyut kencang berdenyut kencang jantung.. Mengalir pantas darah ke pelusuk sudut didalam tubuh aku... Bunyi masih kedengaran.. dan bunyi kembali senyap bila zikir dialunkan...

Semua masih memendam perasaan. tiada seorang pun yang mengulas peristiwa si masa itu.. Cuma kedengaran " Weiii.. nanti nak naik tido .. kita naik sekali yer...."

Piiuueeewwwww.... Sangat cuak situasi tersebut... Mujur kejadian tidak berulang kembali ... Ramai yang nyatakan itu adalah cik CI... Tapi bagi kitaorang itu adalah MISTERI~ ngeee....


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails