Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

15 June 2011

~Bicara H&P - Jejaka Masa Hadapan punya story~

Hari ini rasa nak berbicara tentang H & P .... *sambil jiwa sebak rasa nak nanes*

Kenapa kadang kala kita perlu berbicara tentang H & P.. Bukan apa.. bila dapat di bicarakan.. ternyata hati rasa sedikit tenang dan perasaan terasa lebih lapang...


Memang benar.. Bila bercinta itu bahagia sering kali menghiasi diri.. Umpama bunga kembang didalam taman... Langkah kaki seolah-olah menari-nari indah di jalanan....
Tapi ... Seringkali kedengaran jika hati tidak bersedia untuk dilukai janganlah mula bercinta.. Adakah aku sudah bersedia untuk dilukai... Tidak pasti akan persoalan itu... 

Bila bersamanya pasti senyum dibibir tidak akan lekang... Ternyata aku selesa dengan dirinya... Kesungguhan dia perlu dibalas dengan kesungguhan aku... Walaupun jangka masa hubungan aku dan dia adalah baru bermula... Namun kesungguhannya untuk memiliki diriku amatlah mengharukan...

Owh begini rupanya rasa bercinta dengan orang yang mencintai diri kita... Berbeza rupanya dengan bercinta dengan bertepuk sebelah tangan... Ternyata diri terasa lebih dihargai ... Sehinggakan aku merasakan ... Betapa ruginya aku dahulu ... Menyeksa jiwa untuk menunggu orang yang tidak langsung menyintai diri ... Ruginya masa dan tenaga aku ... 

Bila dikenangkan.. Memang benar cinta itu buta ... Apa yang dibuat di anggap pengorbanan... Tapi sampai tahap manakah pengorbanan diri hanya untuk mengecapi cinta duniawi... Sedangkan diri ini tidak pernah meletakkan diri sepenuhnya untuk berkorban demi agama...

Lain juga keadaan ketika betul-betul mencintai orang yang dicintai... Segala rasa sangsi dan curiga perlu ditangkis dan dihalau sejauh-jauhnya ... Hanya ingatan dan setia yang menemani diri ... Betul ... Aku betul-betul yakin dengan perhubungan ini ... Tidak perlu setiap saat dan ketika berbalas khabar ... Kurang rasa manisnya bercinta ... Walau hati kerap kali menangis rindu ... Namun jika benar ia untuk ku pasti bahagia itu menjadi milik aku jua ...

Jauh disudut hati ... Terasa teringin setiap detik bersama ... walau teknologi itu amat terkini namun masa tetap menjadi penghalang yang sejati ... Berbeza rasanya ketika aku beriya dalam mencari cinta ... Henset pasti tidak lekang dari tangan ... Seumpama aku dilahirkan dengan henset ditangan ... Setiap perkara dan peristiwa pasti di hantar kepadanya... Namun bila benar cinta itu menjadi milik aku , hari minggu sahaja aku dapat bermesej dengan Jejaka Masa Hadapan .... Hari-hari biasa adalah hari produktivitinya baginya bekerja ... Tidak seperti dulu.. setiap saat pasti henset akan berbunyi ... 

Owh begini rasanya menghayati rasa rindu bila sekali sekala sahaja bertemu ... Jika begini indahnya bila berjumpa ... Tidak mengapa tiada panggilan telefon setiap hari ... Bijak sekali Jejaka Masa Hadapan ini mengatur perasaan ... Kerana itu sayang aku kepadanya terlalu mendalam ...

Aku tak rasa aku mahu berlebih - lebihan dengannya ... Kerana apa .. Entahlah... Aku kurang bersetuju untuk membebankan dia ... Cukuplah sekadar yang termampu ditanggung olehnya... Biarlah apa yang selesa untuknya pasti akan menjadi selesa untuk diri ini jua ...

Ramai yang berkata ... Bila sedang bercinta .. Yang buruk pun akan indah ... Kentut pun akan berbau wangi ... Ye lah ... Islam sendiri menyatakan yang syaitan itu akan menjauhkan diri setelah dua insan selamat di ijab kabulkan ... Jadi dalam saat dan ketika belum mempunyai ikatan ini pasti pelbagai dugaan dan rintangan yang akan dilalui...

Seringkali aku memohon agar dipermudahkan hubungan ini dan kekal hingga ke akhir hayat .... Amin ...

This Entry Tribute To : MNSN Dari NHAR ... Miss u so much sayang ....

P/s : He love Purple so Much ... So sejak akhir-akhirnya entry aku kerap berwarna Purple ...



6 Komen:

('',)MiSs mRs.SaMsOL said...

betuil...dicintai adalah lebih indah dr mencintai....insyaallah ianya akan berkekalan...pengalaman mencintai lebey dr dicintai adalah sgt perit...pengalaman sendiri huhu :)

Unknown said...

Jua : tengok.. otai dah datang bagi pendapat hehehe...tapi sekarang bahagia dah kan...

('',)MiSs mRs.SaMsOL said...

ye syalah otai yg pernah mengalami nya heheh jwpn dia sgt2 bahagia kerana diri amat2 lah dihargai oleh en suami sya :) aku doakan ko bahagia..amin..yg pasti saling percaya n memahami...yu yg utama :)

Unknown said...

Hehehe.. mmg kamu sgt bahagia.. sejak bermula dari hari bahagia kamu lagi hehe.. isk.. rasa mcm baru semalam je ko kawen.. AyOooo

('',)MiSs mRs.SaMsOL said...

heheh mcm smlm je kwin erk...amin doakan aku k...aku dgn sabar menunggu walimah dr ko :) heheh

Unknown said...

Insyaallah.. aku ddoakan ko..

Hehe.. rasa mcm segan je baca ayat ko tu.. hehehe..

ko pun doakan aku.. hehe

Related Posts with Thumbnails