Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

14 June 2011

~Kehidupan... Seringkali anggapan salah yang disogokkan~

Drama ... Filem ... Novel...

Kenapa kerap kali memberikan gambaran palsu tentang kehidupan..  Mudah sungguh apa yang dinyatakan... Terlalu indah perjalanan yang digambarkan.. Hinggakan ada insan yang tergila-gila dan terbayang-bayang keindahan itu hadir didalam dunia nyatanya...

Percayalah kehidupan tidak seindah yang digambarkan didalam Drama ... Filem... Novel.. Mungkin perjalanan cerita yang penuh dengan dugaan dan cabaran.. Sedikit sebanyak menyesakkan ruang-ruang rongga pernafasan... Namun pengakhirannya selalu menyebelahi watak yang selalu diduga dengan teruk sekali...

Tapi.. adakah perjalanan hidup kita sama seperti yang digambarkan.. Adakah kita mampu untuk membuat pilihan didalam kehidupan kita.. Kita hanya merancang namun tuhan lebih mengetahui.. Ya.... Perancangan yang kita aturkan adalah yang terbaik.. Namun ketentuan dan perancangannya lebih terbaik dan terindah..

Tidak semua pilihan kita adalah pilihan yang betul.. Namun dalam memilih kita pasti akan memilih sesuatu yang terbaik... tapi sejauh mana terbaik untuk diri kita pun kalau tidak pandai dijaga ia akan menjadi yang terburuk didalam diri kita.

Para gadis sering disogok dengan kisah-kisah romantis sehingga menggambarkan mereka adalah satu makhluk yang mampu mengawal apa jua keadaan. Mereka boleh membuat keputusan didalam memilih.. Iya .. benar... hakikat dunia.. gadis-gadis inginkan perhatian dan belaian manja dari sang jejaka.. Tapi percayalah dalam para gadis mendamba segalanya dari jejaka.. Adakah gadis pernah berfikir apa yang didambakan oleh seorang jejaka pula...

Para pelajar pula didedahkan dengan indahnya menjalani kehidupan seorang pelajar di IPT... tak pun di sekolah.. ada kisah manis nya.. ada kisah nakal nya... namun apa hakikat anda sebagai seorang pelajar.. Belajar... Belajar dan Belajar.. Kenangan setiap orang pastinya berbeza.. Namun , dalam ketika anda seorang pelajar.. Apa salahnya anda menumpukan sepenuhnya kesetiaan anda kepada pelajaran.. Jangan menjadi orang yang mudah merasa cukup.. Cukuplah sampai SPM.. nanti adalah yang meminang aku.. kan dalam TV or Novel banyak jalan cerita begini... Jangan adik-adik ku.. belajarlah... belajar lah...

Arghh.. aku dah tak tahu nak sambung macam mana dah.. haha.. Sila sambungkan bule....??

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails