Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

01 June 2011

~Jejaka Masa Hadapan punya story lagi~ Masa itu

Urm.. aku ingat nak sambung buat entry ~Sweat , Blood and Tears to Terengganu~

Tapi... Tapi...

Mood aku seakan-akan semakin terbang.. Entah bila akan datang nye tak tahu...

Aku rindukan dia... Isk....

Dia selalu berbuat manis kepada diriku...

Yang manisnya kerap kali teringat-ingat di rongga ingatan aku...

Yang mana pahitnya.. akan ku simpan.. dan harap jangan berulang kembali...

Kadang-kadang aku lihat orang lain dengan mudah menyatakan apa yang terbuku didalam hati dan perasaannya... Tapi kenapa bukan aku...

Dulu tanpa dia sendiri sedar dia pernah menghulurkan tangannya kepada aku.. Namun aku menolaknya lalu berpaut kepada kenalan lain... Dia juga pernah duduk disebelah aku namun aku sendiri melarikan diri... Maaf memori ini pasti tiada didalam ingatan dia.. Kerana hanya aku yang masih menyimpan memori lama..

Nyatanya kini, rupa-rupanya kenangan silam itu telah bersambung pada episod kehidupan pada masa ini. Sekali dia menyatakan hasratnya... Waktu itu juga aku menerima dirinya... Ternyata dia adalah kekasih yang aku tunggu sejak dahulu.... Tapi selagi belum pasti menjadi milik diri ini.. Selagi itu jangan terlalu yakin dan selesa....

Selesai untuk episod ini~


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails