Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

01 July 2011

~Cita-cita - sejauh mana tercapai~

Dulu waktu sekolah.. cikgu selalu akan tanya..

Cikgu : Dah besar nanti nak jadi apa...?

Anak murid Type 1 : Cikgu .....! Bomba ....! Polis ......! Askar ! 

Anak murid Type 2 : Arkitek ....! Pegawai .... ! Jurutera ....! Doktor .... !
Anak murid Type 3 : Saintis .....! Angkasawan .....!

Dulu dalam kelas.. bila cikgu bertanyakan soalan "Apa cita-cita kamu bila kamu dewasa nanti ?" 

Yang biasa didengari adalah seperti diatas... Dan boleh dibahagikan kepada beberapa type murid.. Yelah..  Selalunya yang suka involve dalam kelas (nakal).. seorang yang bising.. pasti akan tergolong didalam murid Type 1 ... 

Murid Type 2 selalunya murid yang join dengan aktiviti kelas... kadang kala aktiviti sekolah... dan Type 3 selalunya adalah cita-cita seorang murid harapan sekolah.. yang diagung-agungkan.. cita-cita mesti gempak la bapak.....


Tapi......Adakah cita-cita yang dinyatakan ketika sekolah dulu dapat dipenuhi ketika dewasa kelak... Oh ya.... Memang bagus ada cita-cita sekurang-kurangnya boleh di jadikan satu matlamat... Namun semuanya bergantung selepas SPM... ke mana arah tujuan disitulah baru boleh menentukan cita-cita... 

Yelah... Jika seorang murid tu bercita-cita untuk menjadi Doktor.. tapi selepas SPM dia hanya dapat melanjutkan pelajaran ke Politeknik ambil diploma *ehhh aku la.. aku la tu....* dah tu dapatkah lagi dia meneruskan cita-cita sebagai seorang doktor.. pastinya menjadi seorang juruteknik atau pegawai teknik... Di takdirkan rezeki belajarnya panjang... sambung pula ke Universiti untuk Sarjana Muda ... 

Pasti cita-citanya berubah kepada seorang Jurutera ..... Dan tiba-tiba rezeki bekerjanya tiada hanya rezeki belajar je yang menjenguk... dia sambung ke peringkat Sarjana ambik pendidikan... Kompem-kompem cita-citanya akan berubah lagi untuk menjadi seorang pendidik...

Jadi sebenarnya... Perlukah kita menetapkan cita-cita kita seawal kita di tadika lagi....??? Aku ada menonton cerita "Klik" di Astro Ceria.. Yang menceritakan... Cikgu meminta anak muridnya memikirkan apa cita-cita mereka... Dengan bersusah payah mereka memikirkan cita-cita...

Mereka mengambil kira kebolehan dan kelemahan mereka di dalam menentukan cita-cita.. Namun kecundang... Betul tu... Nak tentukan cita-cita adalah sesuatu yang susah dan rumit.. kecuali kita betul-betul sudah berada diatas landansan yang betul untuk menuju mencapai cita-cita kita....

Contoh ... Kita mahu menjadi seorang jurutera... dari sekolah menengah atas kita sudah menetapkan untuk mengikuti bidang kejuruteraan. Tapi... sebaik-baik perancangan kita.. baik lagi perancangan tuhan... dalam cerita tu lagi.. di akhir cerita.. Cikgu tu menerangkan kenapa dia menyuruh anak muridnya memikirkan cita-cita bila dewasa nanti...

Ini adalah... dengan adanya cita-cita ... usaha yang kita akan lakukan seharusnya menjurus kepada membantu kita mencapai cita-cita kita...

Sekian... Moga cita-cita anda tercapai...

Arios~

1 Komen:

MOHD FAHMI JAES said...

selamat menuju ke arah cita2

Related Posts with Thumbnails