Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

16 August 2011

~Kisah - Aku dan kad raya... Hoyehh!!~

Kelmarin aku mengodek-godek laci meja.. sekali aku terjumpa selambak sampul kad raya yang bernamakan aku... Maka.. aku pun membacalah satu persatu kad raya tu...

Ada yang terasa pilu... gembira.... dan merindu....Yelah kad yang dibaca adalah kad waktu aku sekolah dulu.. waktu duduk asrama SMKRPK... Uish.. memang hebatlah aku simpan lagi kad-kad tu....


(Klik untuk tumbesaran tulang temulang)

Ni kad kema untuk aku.. memang keras perut aku baca kad dia ni.. siap bagi lirik lagu lagi tu.. dalam satu kertas lain pulak tu.. ades....


(klik untuk tumbesaran tulang temulang)

Hehe.. ini la.. paling tak boleh blah ayat dia...

HIDUP KARAI !!
TALANG TERBURAI!!

Tu la kema .. tak pikio panjang... dulu memang ko duduk Karai.. sekang dah pindah talang.. Haha.. hambek ko.. hahaha....

Ada lagi kisah pasal kad raya ni.. waktu aku kat PUO... Ada sekali tu aku dan kumpulan present waktu tu dah memang nak dekat hari raya dah pun.. Bulan puasa... nak present pasal telekomunikasi semester 3 rasanya.. hehehe.. di akhir presentation.. kitaorang pun beri kad raya kat Lecturer ... tu kira gimik yang hebat wooo.... kitaorang tak rasuah untuk markah yer.. hehehe...

Dan tiba-tiba.. beberapa hari lepas tu.. Encik yang kitaorang bagi kad raya tu panggil pergi bilik dia.. Giler bai.. kitaorang cuak... mana la tau.. nak kena marah ke.. sebab dia ingat nak paw markah lebih.. sekali.. rupanya salah belaka dugaan kitaorang... 

Encik tu bagi kad balasan.. hehe hebat.... Kenapa aku kata hebat.... hebat kerana encik tu siap bagi duit raya lagi.. singgit.. dia cakap dak kecik tak bule pegang banyak duit.. hehehe.. lawak-lawak... kad tu aku de simpan sampai sekang.. duit pun ada lagi.. tp sekang duit aku dah amek... alah singgit je pon....


(klik untuk tumbesaran tulang temulang)

Ni la kad dia.. nama lecturer tu harus di sensor.. untuk mengelakkan lambakan pelajar yang pergi kepada dia atas sebab menuntut duit raya.. hahaha....

Orait.. sampai sini saja celoteh pasal kad raya...~

Arios ~

2 Komen:

Memory said...

shera pun masih simpan kad2 raya dari sekolah dulu... bila baca blk mesti gelak sorang... skrg ni dh ssh nk dpt kad raya kan...

Memory said...

shera pun masih simpan kad2 raya dari sekolah dulu... bila baca blk mesti gelak sorang... skrg ni dh ssh nk dpt kad raya kan...

Related Posts with Thumbnails