Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

16 August 2011

~Something I want to share with You~ Ep II

Okeh sambungan semalam yer... 

Selepas selesai segalanya.. Perjalanan diteruskan.. Mula-mula ambil kakak aku kat umah mak sedara di Sungai Buloh... Waktu tiba .. Hujan tak usah dikatakan.. sangat la lebat... kilat sambar menyambar.. Petir berdentum dentam umpama gegendang langit yang dipukul kasar * giler hebat metafora aku*

Lepas ambil kak aku.. terus perjalanan ke PD.. namun tibanya lewat... Jadi berbuka lah didalam kereta... nasib baik berhenti di R & R Dengkill beli la makanan.. Urm.. lama dah tak makan sandwich telor mayonis.. jadi aku ambil sandwich dan pau... Air opkos la air faveret.... Air kosong...

Setibanya di Hotel Seri Malaysia Port Dickson... Kami menyambung berbuka dengan makanan yang ada.. Lepas tu kami sekeluarga melepak-lepak di atas katil... Abah dan mak menonton TV.. kami adik beradik pula berkumpul di depan laptop.. sambil melihat-lihat gambar teman-teman baru adik ku di FB dia... sambil mendengar celoteh adik ku...Banyak perkara yang dia hendak kongsikan.. So kitaorang mendengar dan melihat...

Mak selalu cakap.. ada tak orang lain macam kitaorang ni.. Selalu berkumpul adik beradik.. Lantak nak sembang apa pun... Gaduh la itu... Berkawan pun itu... Sekarang ni bila semua dah dewasa .. Susah dah nak berkumpul semua... So ini je la cara nya.. cari tempat yang semua orang boleh datang... Nanti bila dah berumah tangga nanti tak tahu lah.. adakah adik beradik aku masih seperti ini.. Moga-moga insan yang join dalam famili aku adalah seorang yang mengerti dan boleh masuk dengan adik beradik ku.. moga tiada porak peranda.. jangan kerana hasad dan dengki berputus saudara.... minta dijauhkan... Amin..

Malam tu.. kitaorang satu keluarga keluar pegi makan.. Nyum..Nyum....

Hurm.. macam dah penat bercerita laaa.. Sambung len kali lahh~


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails