Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

01 August 2011

~Tari sang Jejari~

Jari jemari yang tadinya lemah.. kini rancak menari-nari gembira di pentas netbook... Entah apa yang ditarikan aku sendiri kurang pasti... Dengan minda yang kosong aku cuba untuk memenuhkan jua ruang-ruang yang ada di dalam blog ini... Tiada bermodalkan kerahan keringat namun ruang-ruang perlu di penuhkan dengan suatu kata-kata yang bermakna... Apa guna berbicara kosong.. Umpama menelan jajan yang tiada khasiatnya...

Namun tidak dinafikan yang jari jemari menari mengikut irama kenangan yang berterbangan didalam ruang pemikiran... Ceritanya panjang... Namun setiap episodnya terabur .... Tiada storyboard yang perlu dihasilkan.. Biarlah kenangan itu datang satu persatu... Berputar dan terus mewarnai memori ingatan aku.. Biarlah jalan cerita nya tiada mula dan tiada akhirnya... Tapi hidup perlu diteruskan juga...

Suka duka... Semuanya berterabur dalam ingatan aku... Manis dan pahit seakan bercampur baur... Bagaimana harus aku asingkan ... Biarlah... Selalu nya yang manis itu racun.. yang pahit itu ubatnya... Namun dalam hati aku berharapkan yang manis kini menjadi ubatnya.. semujarab manisnya madu...

Risau bila.. apa yang kita rancang pada hari ini.. Tidak terlaksana pada hari esok...Namun hati ini mengerti yang perancangan kita memang sudah sempurna tapi perancangan dariNya adalah yang lebih sempurna .. terlalu sempurna untuk kita nafikan... Yang sedaya kita lakukan adalah.. Usaha... Usaha.. Usaha dan bertawakal....

Dulu aku selalu berfikir... Andai dapat aku undur putaran dunia aku pasti akan berhati-hati dalam memilih langkah yang aku mulakan.. Tapi kini aku rasa... biarlah masa dulu itu berlalu... Masa kini aku bahagia.. Walau tak sesempurna yang aku mahukan.. namun ini adalah yang terbaik telah ditetapkan...

Dalam hati memang terdetik... aku serba kekurangan... tapi mengapa mesti perlu mengeluh... Apa yang tidak cukup lagi dalam ini.. Segalanya bagai telah disuap ke mulut.. hanya menanti untuk aku mengunyah dan menelannya sahaja...

Sampai sini sahaja... irama kenangan mula pudar... jari jemari mula lelah... lenggok tarinya sudah mula pincang.. baik di hentikan di sini sebelum tarinya mula merosakkan majlis...

~End~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails