Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

08 December 2011

~Alhamdulillah.. masih diberi nikmat lagi~

Alhamdulillah..

Aku masih diberikan nikmat hidup.. Masih mampu menghirup udara .. masih mampu menelan makanan.... masih mampu memijak tanah milik Maha Pencipta .... Allahuakbar.... 

Tersentap jantung... bagai luruh semua semangat bila ditakdirkan accident hari ni...

Kejadian berlaku ketika aku dan rakan-rakan mahu menjamu selera di kedai Bumbung Tinggi DJ2... Semua sedang melayan perasaan.. Lagu retro berputar dicorong radio... Ifa terus memandu kenderaan... tiba di simpang parking DJ2... kereta bertali arus... bagai tidak putus-putus... Lily dan Lia tersandar di seat belakang... Aku membelek-belek phone nokia hitamku...

Tiba-tiba ... dalam sekelip mata.. semua terdorong kehadapan akibat hentakan yang kuat... di kiri tergolek dua remaja lelaki... motor terseret... sorang dihadapan kereta.. sorang berdekatan motor dijalan kiri.... Gabra tak usah dicerita... Aku hanya mampu menjerit.. "Bangun...bangun... jangan baring kat situ...." Tapi terlewat.. sebuah motor terus merempuh salah seorang remaja lelaki... Namun , berpantang maut sebelum ajal... remaja tu dirempuh perlahan... Fuh.. nasib baik..... 

Lia pun suruh Ifa alihkan kereta ke tepi.. Risau lain yang jadi.... Aku hanya mampu tergamam.... Dah memang perangai.. bila sesak gitu.. tiada kata yang mampu diungkap lagi.. Semua bergegas keluar mendapatkan remaja yang tergolek... Ifa terus bertanya Ok ke Tak... Bagi aku bila berdarah itu adalah sesuatu yang tidak OK.... Arghh pening.. Aku melangkah jauh sedikit... 

Dengan bantuan orang ramai yang menyaksikan pelanggaran... Remaja tu dipimpin ke dalam kereta ifa.. Aku bajet nak bantu... suruh remaja tu duduk.. sekali aku yang pucat.. sebab ada darah.. sampai Ifa tegur... "Fizah ko ok ke...." Kompem tak ok.. aku rasa nak rebah.. haha~

Ifa ngan Lily pun membawa remaja dan rakan remaja tu ke klinik.. dan tertinggalla aku dan lia ditepi jalan....

Itu je kisah pelanggaran... kisah lain tengok la.. kalau rajin nak taip.. bule taip.. hahahaha~

p/s : kalau excident jatuh motor.. kalau mampu bergerak.. cepat-cepat bangun.... cari tempat selamat.. baru kisahkan motor tu .... arghh cuak sehh..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails