Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

02 August 2008

Cerpen : Zulaiqa



“ ABANG minta izin untuk nikah sorang lagi.” Kata Haiqal suatu malam sebaik saja selesai makan malam. Lembut bicara itu langsung membuatkan Zulaiqa terpegun. Dia terdiam seketika. Dia menghela nafas panjang. Memandang sekali imbas wajah Zahirah anak bongsu yang berusia setahun setengah yang sedang tidur. Dia cuba tabahkan hati setenang mungkin. Hati isteri mana yang tak terguris dengan permintaan itu. Zulaiqa meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, lantas bangun menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air suam diteguk perlahan.


Kemudian dia ke bilik Adam, Zikri dan Umaira. Rutin hariannya mencium putera puteri sebelum tidur. Haiqal juga diam. Dia tahu isterinya kecewa. Terbayang muka kekasih baru, Farah membuatkan dia lemah. Farah gadis Kuala Lumpur baru saja menjadi seorang setiausaha di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kelantan.


“ Abang Haiqal, Farah tak kisah, Farah sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Farah. Farah perlukan seseorang yang mampu memimpin Farah.” Masih terngiang-ngiang bicara Farah, gadis seksi dan tinggi lampai yang cantik di pandangan Haiqal.


Haiqal tidak pernah berniat untuk menduakan isterinya apalagi untuk mengamalkan poligami. Namun dia tidak mampu menolak ketentuan takdir. Malah dia juga tidak mampu menolak kehadiran gadis secantik Farah dalam hidupnya. Bukan Zulaiqa tidak mampu membahagiakan , tetapi kehadiran Farah melengkapkan lagi kehidupannya. Tiga hari Zulaiqa tidak menegur Haiqal. Zulaiqa rasa berdosa sangat.


“Abang, Iqa setuju permintaan abang. Tapi, Iqa nak berjumpa dengan Farah tu.”Kata Zulaiqa setelah berhari-hari mereka suami isteri tidak becakap. Haiqal tahu, Zulaiqa pasti tenang menghadapi segala dugaan. “Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Zulaiqa selama satu hari saja, boleh?” tanpa disedari Haiqal hanya mampu mengangguk saja.


*********************************************************************************


Haiqal resah berada di bangunan HUSM. Dia memandang ke bawah. Restoran tepi jalan tempat dia makan tengah hari menjadi saksi pertemuan pertama setahun yang lalu.


Sudah dua hari Farah menghilang. Haiqal begitu resah. Belum sempat dia bertanya tentang butiran pertemuan Farah dengan Zulaiqa. Zulaiqa juga lain benar. Pagi tadi dia meminta keizinan untuk balik Bachok, rumah orang tuanya. Pelik juga kelakuan dua wanita yang disayanginya itu. Tit..tit…tit…Bunyi khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi menandakan ada mesej yang masuk ke dalam telefon bimbitnya.


Haiqal bingkas mengambil telefon yang berada dalam kocek seluarnya dan tergesa-gesa membaca mesej yang tertera di skrin.


“Abang, Farah minta maaf. Farah bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Farah tidak sehebat kak Zulaiqa. Farah perlu jadikan diri Farah sehebatnya dulu untuk bersama abang.”Demikian mesej yang dihantar oleh Farah yang membuat Haiqal terduduk. Dia bingung memikirkan apa yang telah berlaku. Dia resah tanpa jawapan yang tidak pasti.


Haiqal cuba menelefon Farah. Langsung tidak diangkat. Ingin Haiqal Tanya semua yang berlaku. Fikiran Haiqal tidak tenang. Fikirannya buntu. Dia memandu kereta menuju ke rumah di Bukit Marak. Perjalanan dirasakan begitu hambar.


Tatkala membuka pintu, sekonyong-konyong Haiqal terlihat sepucuk surat berwarna biru di atas meja. Peninggalan Zulaiqa sebelum pulang ke rumah orang tuanya. Dengan perlahan Haiqal membaca surat tersebut, Seolah-olah telah mengetahui apa isi kandungannya.




Abang…Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Buat abnag yang tersayang.

Abg yang dikasihi, terima kasih kerana membawakan wanita itu dalam hidup Zuliaqa. Ternyata Farah calon madu yang begitu cantik. Di sini Zulaiqa kemukakan beberapa penilaian :


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Iqa yang sudah tidak nampak bentuk badan.Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Iqa sayangkan abang. Iqa tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa abang sendiri pun masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi abang nak mengalas dosa orang lain.


2. Usia perkahwinan kita sudah 10 tahun. Tidak bahagikah abang hidup selama ini dengan mendapat rezeki bernama anak-anak? Lantas abang ingin musnahkan hati ini dengan wanita yang setahun abang kenal.


3. Iqa ada mengajak dia memasak. Memang dia pandai memasak. Katanya dia belajar ni semasa di UITM. Katanya juga, dia dan abang selalu makan di restoran paling popular depan HUSM tu. Di situ dihidangkan makanan barat. Iqa tersenyum mendengar itu kerana setahu Iqa abang amat suka akan lauk pauk kampung. Tapi tak tahu pula Iqa kalau selera abang sudah berubah atau abang sendiri sudah tidak suka air tangan Iqa.


4. Iqa ada mengajak dia bersolat berjemaah, kelam kabut dibuatnya. Iqaminta dia jadi imam. Nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir. Jadinya Iqa harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung, Iqa tak dapat kata apa.


Abg yang dicintai, Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Iqa tandatangan. Ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Farah.


Abg yang dicintai, Hari ini Iqa menandatangani surat ini dengan linangan air mata. Tak pernah Iqa menangis seperti ini keseorangan. Abg pergilah pada kekasih abg.


Lepaskan Iqa juga. Tak ada wanita yang sanggup dimadukan apatah lagi abg meletakkan syarat wanita itu cantik dan seksi untuk dijadikan isteri.

Yang benar,

ZuLaiQa

Zulaiqa


“Iqa, maafkan abang. Kamu isteri yang paling mulia. Jika abang melepaskan kamu bererti abang juga telah melukakan hati anak-anak kita. Banyak hati yang terluka. Abang tetap sayangkan kamu.” Haiqal sedih sambil mengoyak surat dan borang tersebut. Dia terus memandu ke Bachok semata-mata nak minta maaf dan bawa Zulaiqa balik untuk selamanya. Surat dari isteriya itu benar-benar membuatkan dia sedar akan kelalaiannya selama ini.


**********************


p/s: Cerpen ni aku dapat dari sahabat baik aku ... Zayyinah... Isk..isk... Yinnah windu le sama mu.. Bile nak datang johor... nak datang Klate jauh wei... Cerita ni aku de letak dalam majalah CNAR V2 keluaran Persatuan Siswa Siswa Islan Politeknik Ungku Omar...



0 Komen:

Related Posts with Thumbnails