Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

19 September 2008

Gawat...gawat...

Fizah yang kegawatan ekonomi..

Adehai... keterlaluan semester ni..
banyak betul pakai duit..
Sekelip mata PTPTn aku dah abes..
Terpakse le sambung PA&Ma nye duit plak...
Adeh.. tak pernah aku macam ni..
Dari Poli dulu duit aku sentiasa cukup..
Bila pikir balik mmg patut la duit cepat abes..
Bekos.... Harga barang naik namun cara berbelanja tetap sama..
Cepat le keje temah oiii... rasa mmg gawat sangat ni..
susah nak berbelanja..

Poket tenat.. Dompet pun tenat...
bila dok depan mesin ATM tu mesti panjang nafas aku lepaskan...
Dari 4angka sekang dah tak berangka..




++Duit-duit dimana kau duit..++
++Aku kat sini... dah ko dapat aku ko belanja lebih2...++

Amatlah runsing mengenangkan duit ni.. Ada orang sanggup berbunuhan kalau pasal duit.. Macam2 cara kita boleh dapatkan duit.. Ada yang menggunakan cara yang halal ada jugak yang haram. Namun pikirkanlah kalau dari sumber yang haram itu menjadi darah daging kita.

Bercerita tentang duit mengenangkan aku kepada suatu peristiwa. Waktu kat poli aku ada seorang kawan ni. Nama dia.. Ehembah.. Si Ehembah ni aku tau dia ni susah tapi dia suka makan. Rasa sedih tambah marah bila mengenangkan Ehembah ni.. Setiap kali g Kafe kat Kamsis tu setiap kali la dia menipu Kakak Kaunter tu. Bila dia amik nasik dia akan letakkan ayam dan apa2 lauk yang dia nak kat dalam polistren. pastu baru dia buh nasik.. atas nasik dia letak sayur taugeh..( Adeh menulis dibulan puase ni buat aku meleleh air liur. Slurps...) Sambung balik... So bila dia bayar kat Kakak Kaunter tu kira dia bayar nasi ngan sayur taugeh je la.. Dalam rm1.30 jer padahal sepatutnye melangkaui rm4.00 jugak set makanan spesial dia tu..

Aduhai Ehembah... Moga kau diberi petunjuk Illahi...

Dan teringat juga bagaimana rempuhan maut di Jakarta semata-mata mahu mengambil wang zakat sebanyak RM16.. bukan nak memandang hina. Tapi tahu2 lah bila dah susah wang bernilai kecil macam tu pun tetap berharga .. Boleh mengisi beberapa perut yang berkeriok tiap2 hari.. sedih dan sadis...

Buat renungan

" aku menangis bila aku tiada kasut, namun aku berhenti menangis bila melihat orang yang tidak mempunyai kaki."

Maksud yang tersirat adalah. Bila kita memikirkan yang kita ni susah. Kenangkan lah bahawa masih ramai lagi yang susah dari kita.

Aduhai dunia...
Kau menjadi gelanggang pertarungan manusia yang ganas dan kejam..
Aduhai dunia...
Kau menjadi saksi manusia saling tipu menipu untuk kesenangan dunia..
Aduhai dunia...
Kau menjadi tempat manusia berperangai binatang...
Aduhai dunia...
Kaulah kesenangan sementara....

Erm.. Abah selalu cakap..
Duit tu janggut.. Cukurlah sampai licin sekalipun..
Nanti dia tumbuh balik..
Redhalah kalau ditakdirkan kais pagi makan pagi..
Dan...
Bersyukurlah kalau ditakdirkan kais pagi makan sebulan...

Peace for da world...


3 Komen:

Ahmad said...

erm..takda duit eh..doa byk2..agar di murhkn rezki..mana tau..tiba2 byk plak org bersedekah kat awak bulan puasa nih..ehehe..

Unknown said...

Syukur kalau di murahi rezeki...
tunggu gaji orang kerajaan la sekang nii

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails