Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

25 October 2008

++Agar Diri Disayangi++

Artikel dr Kosmo.. Meh dengar apa komen Fiza


Agar diri dicintai

*Orang yang dicintai adalah peribadi yang disenangi, dirindui dan membuatkan orang lain bahagia saat berada di sisinya.



Fiza say.. "Hek eleh....Setakat suap makanan tu maksud cinta ke??
Tangan kiri plak tu.. Memang tak ikhlas betol laa minah ni"

FITRAH kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri mudah didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain.

Setiap perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran.

Dengan tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang, sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah dicintai.

KOSMO SAY * Positif

Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua perkara yang dilakukan.

Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.

FIZA SAY *

Betul..betul .. Apa pun kita kena think positive.. bukan apa kalau asyik pikir negative.. kepala kita pun pening.. walaupun kita bukan magnet.. namun kita juga berupaya menarik orang lain dengan penampilan yang nampak seperti tidak bermasalah. Namun jangan menjadikan sikap ini sebagai alasan untuk mengambil jalan mudah...

KOSMO SAY * Ceria

Berada berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya membuatkan diri kamu lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di kotak fikiran. Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan. Di saat kamu tersenyum, tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres.

Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.

FIZA SAY*

Itu kalau anda berada berhampiran dengan org yang ceria.. Cuba kalau anda mmg seorang yang ceria namun org sekeliling anda adalah org yang kurang ceria. Yang suka berpura-pura.. Ini akan menambahkan beban kepala otak anda.. Namun cuba la untuk ceria.. kerana mmg indah menjadi seorang yang ceria.

KOSMO SAY* Ramah

Saat bertemu dengan insan yang baru dikenali, mereka yang memiliki sikap ramah tidak akan berasa ragu untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa.

Sikap ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana ia akan membuatkan orang yang bersemuka dengan kamu berasa dirinya diterima dan dihargai.

Jangan ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Mula berlatih berbicara secara langsung menerusi talian telefon dengan orang lain, jika impikan keramahan itu.

FIZA SAY*

Ler .. ingat senang ke nak jadi ramah... Hei.. cakap mmg mudah... Cuba buat... Dah kalo and jenis yang tak tahu malu.. Atau dalam makna lainnya... Kulit muka tu tebal cam kulit kaki tak pe la..

Betul.. orang akan merasa diri dihargai.. Tapi sampai bila.. Asyik kita je nak menghargai orang lain.. bila orang lain nak menghargai kita.

Interaksi mmg penting Beb.. But... tak semua org punyai teknik berinteraksi yang berkesan.. Ada yang mudah berbicara tapi susah nak dengar pendapat orang lain.. Ada yang hanya mendengar sehingga menjadi pasif..

KOSMO SAY* Ringan tangan

Kualiti seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan. Jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan.

Jika berada dalam posisi tersebut, kamu tentunya mudah menawarkan bantuan saat mereka memerlukan.

FIZA SAY*

Ringan tangan ni bukan bermaksud suka penampar orang ke... Sepatutnya ringan tulang.. Hehehe....

KOSMO SAY* Rendah hati

Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.

FIZA SAY*

Tak paham la ape mende rendah hati ni...

KOSMO SAY* Percaya diri

Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang memiliki sifat serupa dengan yang lain. Jadi, jangan ragu untuk menampilkan keunikan diri kamu itu.

FIZA SAY*

Bagi Fiza.. Orang yang percayakan diri sendiri adalah orang yang pentingkan dirinya sendiri.. Tiada perkataan yang orang lain boleh ubah jikalau ianya keluar dari mulut anda sendiri.. Takde orang yang boleh mengubah gerakan tangan anda ketika anda bercakap. Meamang semua diatas diri sendiri.. Namun kita perlu pandang kedepan... Kebelakang sedikit... Toleh kiri dan kanan juga.. Jangan lupa untuk mendongak juga..

KOSMO SAY* Pemaaf

Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang.

Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman.

Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.

FIZA SAY*

Betul..betul... Tapi lebih baik mengangguk daripada dibuat bodoh..

KOSMO SAY* Jujur

Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang jujur dicintai semua orang.

FIZA SAY*

Terlalu jujur dalam dewan periksa akan mengurangkan markah anda..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails