Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

27 December 2008

++ Antara yang berjaya dan gagal++

Disini saya membandingkan 2 program yang saya pernah hadiri..
Pertama : Take Charge
Kedua : ISFAC

Okeh walaupun dua ni adalah program yang berbeza namun cara yang disampaikan oleh kedua2 fasilitator ini adalah sama.. Bila dipikirkan kembali ADAKAH kerana duanya fasilitator ini adalah kelahiran graduan UIA.. ( Suratan dan kebetulan)

Take Charge adalah program yang dibuat kepada pelajar yang mengalami kegagalan dalam semestar pengajiannya.. Kebanyakan yang hadir adalah pelajar yang bermasalah.. Ada yang kerana pointernye menurun dan ada jugak yang KS.. SAYA?? Erm lu pikirla sendiri.... Program ni lebih kepada memotivasikan diri student. Di selitkan dengan aktiviti2 yang best . Cth nyanyian, tarian, speech, pskologi dan pelbagai lagi. Saya akui program ni bukanlah program ISlamIk. Tapi banyak perkara2 asas yang diketengahkan. Sehingga kini saya berasa seronok dan bersemangat untuk meneruskan pengajian.

ISFAC pula adalah program yang dikendalikan untuk melahirkan FC Islamik. Terbuktilah Program ini berbentuk ISLamik. Dan boleh saya katakan program ini seperti berada dilandasan yang salah. Objektif program ini adalah MELAHIRKAN FC ISLAMIK namun moderator yang membawa program ini banyak menyimpang. Dan saya mmg kurang selesa dalam program ini. Mungkin kerana selalu berada didalam pemerhatian oleh orang2 yang ISlamik ni. Saya ni ROCk. Moderator pula banyak menceritakan apa yang dilakukan oleh dirinya kepada orang lain. Saya tahu, sape yang pergi program ini akan ingat tentang "Tabik Spring" dia.. Ikhlas saya katakan hanya itu yang saya ingat untuk program itu.

KENAPA EHH..

Bagi saya.. Saya lebih suka mendengar kisah kegagalan dan dihiasi dengan kejayaan diakhirnya dari mendengar kejayaan2 yang pernah diterima. Untuk program TAKE CHARGE . FC banyak menceritakan tentang kegagalan yang dihadapi ketika di UIA dulu. Pernah gagal semester dan terus mencuba membuatkan diri peserta berasa hampir dengan FC. Untuk menarik minat untuk mendengar kita mestilah mewujudkan satu ruang selesa kepada pendengar. Membiarkan pendengar merasakan kerasian bersama. Bila kita dan pendengar mendapati diri ini ada kerasian segala perkara yang disampaikan dan didengari akan menjadi lebih mudah untuk ditafsirkan. Di program ISFAC pula. Saya datang dengan harapan untuk menjadi seorang fasi. namun apa yang diketengahkan adalah kejayaan demi kejayaan dia je. Saya mudah menyampah dan akan menjadi blur. Dia menceritakan dia yang membuat soalan untuk pegawai kerajaan. ketika di UIA dialah yang mula2 mencipta sistem itulah inilah.. Menyampah pun ada. Gambar waktu program tu pun saya tak tahu saya letak kat mana. nasib CD yang dibekalkan rosak, haha.

Kenapa ini yang saya perkatakan pada kali ini.

Kerana saya adalah seorang yang bangun dari kegagalan dan akan terus berusaha untuk terus berjaya. Dan amat menyampah nak dengar apa2 motivasi ke.. Kauseling ke... Nasihat ke dari orang yang tak pernah nak hadapi kegagalan.. Terus jatuh bila hadapi kegagalan.. Amat2lah menyampah.. Macam nak tutup je telinga bila orang2 begini berkata..

4 Komen:

Anonymous said...

salam pn fizah...

erm, alhamdulillah, saya pun ada dalam 2-2 program yag pn fizah ckp tu, isfac n take charge... cuma program take charge tu, saya group sebelum pn fizah, dimana fokusnya pada student yang dpt 3.5 dan keatas, yang berpotensi untuk dapat 1st class degree. n nama program tu, take charge-towards first class.

ok, so, saya ada sdikit x stuju ngan pn fizah... kenapa ek?

di sini lah pntgnya faham konsep 'pendekatan' dan 'touching' dlm program, tatacara ataupun pembawaan dlm ssuatu program...

haa,,, baru program yang kita nak wat kena pada tempat n sasaran, lurus pada jalan straight, lengkok pada selekohnya dan berhenti pada destinasi, bukan pecut pada tempat lurus, straight pada selekoh, dan tak berhenti pada destinasinya, eksiden nnti...

sebenarnya camni...

cuba pn fizah fikir, untuk program ISFAC, siapakah SASARAN PESERTA , apakah OBJEKTIFnya, dan apa LEARNING OUTCOME yang diinginkan?

n untuk program TAKE CHARGE yg pn. fizah pegi, siapakah SASARAN PESERTA , apakah OBJEKTIFnya, dan apa LEARNING OUTCOME yang diinginkan?

b untuk pengetahuan pn fizah, program take charge yang saya pegi,konsultan yang sama, penceramah yang sama, tapi SASARAN PESERTA lain, OBJEKTIF lain, LEARNING OUTCOME pun lain...

so, bleh x pn fizah buat perbandingan diantara SASARAN PESERTA, OBJEKTIF, & LEARNING OUTCOME untuk program take charge yang pn. fizah pegi, program isfac n program take charge yang saya pegi???? bleh ke guna cara n cerita yang sama? bak kata pn fizah,

Erm lu pikirla sendiri.... (ayat tu saya tak taip, tapi copy je dari post pn fizah...)

last dah ni, as the conclusion,

jgn la pn fizah terlalu cepat melabelkan seseorang, mgkin pn fizah anggap lain, tapi cuba tgk di sebaliknya... kdg2 kita pn kena akui, kita byk x tau... n kita kena sedia utk terima ilmu dari org lain...

erm, stuju x?

Unknown said...

"dimana fokusnya pada student yang dpt 3.5 dan keatas, yang berpotensi untuk dapat 1st class degree. n nama program tu, take charge-towards first class.:

tahniah le sebab dapat 3.5 keatas..
Dan Cik cK_G ( tah pe mende tah tu) fokus TAKE CHARGE yg anda pergi adalah untuk org yg berjaya dan pandai2. dan saya bukan camtu so pendekatan pun berbeza walaupun konsultant tu berbeza..

MMg betul SASARAN , OBJEKTIF N LEarNing OutCOME tu penting.. namun sebagai individu yang tidak dikurniakan hati yg lembut.. keras dan berusaha untuk melembutkannya.. saya tak rasa ia sampai.. saya tak cakap program ini gagal keseluruhannya.. tapi GAGAL kepada SESETENGAH INDIVIDU... N tidak juga mengutuk dan mengata cara penyampaian..

SEperti yang selalu diperkatakan mmg anda senang untuk mengatakan trima la dr org lain.. Ada sesetengah individu hanya akan menerima sesuatu apa bila ia berasa selesa dengan keadaan itu.

Dan saya bukan jenis orang yg begitu.. Cakapla apa pun kalo dah tak boleh terima sama je...

Anonymous said...

salam, sori, mgkin kita x sependapat...


erm, camni...

mmg btul, dalam apa keadaan pun, mmg ada yg dapat terima, n ada yg xdpt terima, contohnya, sebarang musibah/dugaan dari Allah... ada hamba yang dapat terima, n ada yg x dpt terima, tapi adilkah untuk org yg xdpt terima tu untuk menyalahkan cara Allah berikan dia ujian tu?

satu lagi, pointer saya xsampai 3.5, tapi sekadar memenuhi kuota fakulti...

n 1 lagi, setiap yang Allah telah takdirkan pada kita, kita adalah mampu untuk menghadapinya, so, jangan la kita menafikannya...

walau apa pun, ni bukan satu semboyan perbalahan,persengketaan maupun masa untuk tarik rambut antara satu sama lain, tapi ni satu medan perbincangan, sesuai dengan konsep blog, terbuka untuk semua memberi pendapat, kan?

Unknown said...

yaaa... mmg itulah maksud yang tersirat yang diselitkan... akhirnya.. ada gak yg memahaminya... semua kejadian yang berlaku telah ditetapkan... dan ada yang boleh menerima dan tidak boleh terima... semua bergantung kepada kehendakNYa...

Related Posts with Thumbnails