Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

21 December 2008

++Monolog DIriku++



Sudah lama daku tidak bermonolog didalam blog ni..

Bila di perhatikan kembali...
Aku mmg suka bermonolog dgn diri sendiri..

Kerana apa.... Hanya aku yang tahu apa jawapannya...
Walau adakalanya keadaan ini adalah amat bahaya...

Orang2 yang bermonolog dgn dirinya adalah org yg selalu membuat keputusan hanya dengn bertanya kepada diri sendiri.

Adakalanya kita harus bebicara dengan diri untuk mengetahui sejauh mana kesanggupan kita dalam menempuh cabaran akan datang..

Dan kita seharusnya SELALU bertanyakan pendapat orang lain untuk membuat keputusan.

Seperti yang dinyatakan dahulu..
Orang lain boleh menyediakan apa yang patut kita buat...

Namun diri kita yang akan membuat pilihan... PILIHAN ditangan anda..

Anda yang memilih kearah kebaikan atau keburukan dengan izin ALLAH SWT...

Bercerita tentang pendapat.. Pernah daku terpikir.. Apa yang orang lain pikirkan selalunya lain dari apa yang digambarkan.. Buktinya..

Disetiap kem yang pernah aku pergi..

Moderator akan memanggil seorang (Person A)kehadapan untuk menceritakan apa yang dia lihat..
Person A tu ceritalah... Ada bulat kat tengah2.. Petak kat atas.. Pok Pek Pok Pek...

Yang len sape yang dengar semua pakat melukis seperti yang digambarkan oleh Person A.

Bila dah siap semua pun menunjukkan apa yang dilukis...

Setiap lukisan adalah berbeza walaupun mendengar arahan dari orang yang sama..

Itu contoh mudah yang senang hendak difahami.

So jangan marah orang lain kalau apa yang dibuat lain dari yang digambarkan oleh kita..
Kalo nak macam yang dikehendaki jugak..
BUAT SENDIRI

2 Komen:

Anonymous said...

Salam...

Hmmm...fizah, x rasa gerun ke ngan pendapat ni:

'ORANG YG SELALU LUAHKAN PERASAAN PADA BLOG SELALUNYA KUAT MAKAN HATI N 'SYOK SENDIRI', MENGUNDANG SERIBU SATU MACAM PERSEPSI ORANG LAIN DAN MENGUNDANG 1001 BAHAYA SERTA PENYAKIT JIWA....'

erm... ye ke?

tQ.
cg_K

Unknown said...

Salam..

Sangat setuju dengan kata-kata itu.. dan saya tidak menolakkannya...

Tentang Persepsi org tu... Tak payah risau..
Kita tak buat apa-apa pun org tetap akan meletakkan persepsi keatas diri kita..
So.. kenapa mesti menjadi orang lain.. sedangkan orang lain pun sedang berfikir untuk menjadi orang lain... hehe..

Pasal penyakit jiwa tu..

Selagi KITA tak bertemu di hospital sakit jiwa.. kira dah ok la tu kan..

Apapun ubat paling mujarab untuk jiwa adalah zikir.. hehe

Related Posts with Thumbnails