Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

28 March 2009

BaPaKnYe TerKEjuT AnK BeLaRi KeNA PakAi BaJu ?? Pelik2...


PULAU PINANG: Seorang ahli perniagaan terkejut dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Gelugor di sini yang melarang anak perempuannya menyertai acara sukan kerana memakai seluar getah ketat dan t-shirt. Mohamad Asrul Rashid Mohd Ikbal, 36, berkata anaknya, Baizura, 13, tidak dibenarkan menyertai acara larian dalam olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Mohd Nor Ahmad kerana tidak memakai pakaian sukan seperti yang diarahkan.
Mohamad Asrul berkata, anaknya menyatakan guru sukan di sekolah itu telah memintanya dan dua lagi rakannya memakai t-shirt, seluar trek dan tudung jika ingin terus menyertai acara tersebut. Baizura pernah terpilih sebagai olahragawati sekolah selama tiga tahun berturut-turut semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor. "Dia juga pernah dianugerahkan puteri pecut sekolah itu," kata Mohd Asrul.
Beliau berkata, dalam perbincangan dengan pihak sekolah hari ini, guru sukan dan pengetua sekolah saling menuding jari dan tidak mengaku mengeluarkan arahan berkenaan. "Yang menjadi kemarahan pihak kami, guru sukan kata arahan itu dikeluarkan oleh pengetua, pengetua pula kata tiada sebarang arahan dikeluarkan," katanya. Mohamad Asrul berkata, seorang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) turut hadir dalam perbincangan itu dan beliau yang enggan namanya dinyatakan, berjanji akan menyiasat. Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad, ketika dihubungi berkata beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara itu yang kini dalam siasatan. - Bernama


Huk aloh... Sepatutnye ahli perniagaan ni terkejut bila sekolah tu suruh anak dia lari tanpa pakaian jer... Sekolah tu suruh lari pakai baju yang ditetapkan bukan suh bogel... Biol punya bapak... Muahaha...Dah nama pun sekolah la piang... Ikut la peraturan sekolah... Patut la anak kamu cam mangkok.. Dah kamu pun bengong...


Setahu aku adek aku pun berlari gak utk sekolah ... elok je pakai track suit , t-shirt and tudung.. Menang gak... Takdek tamadun betol la kamu ni Mohamad Asrul Rashid Mohd Ikbal. Kalo dah rasa anak kamo tu terer sgt pegi anto sekolah private la pakcik... LAri xpakai baju pun xpe... LAri...LAri.. LAgi.. eh...ahh..eh..ahh... biar semua tgk betapa pecutnya anak kamu berlari...


Hei sarah.. kamo lari elok je kan pakai mcm tu...

Sarah wif teman2 yg sama2 gile macam dia.. HAhahaha

(Paleng Kiri Itulah SaRAh..)

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails