Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

15 April 2009

++Berita Terkini++

BATU PAHAT 16 April - Seorang lelaki telah didapati bersalah kerana telah mencuri hati seorang gadis di daerah Batu Pahat baru-baru ini. Lelaki yang tidak dapat disiarkan identitinya masih lagi menjadi tanda tanya kepada masyarakat setempat di daerah ini terutama sekali rakan-rakannya di kelas BEP Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Gadis itu Noor Hafizah Bt Abd Rahim telahpun membuat laporan di Balai Polis Parit Raja pada selasa lepas. Noor Hafizah menyatakan ia didalam tertekan berikutan peristiwa tersebut oleh kerana ia bakal menduduki peperiksaan akhir semester bagi sesi ini. Dia juga menyatakan rasa ketidak selesaan bila ia merasakan lelaki itu kian jauh dari dirinya. Lelaki tersebut juga didakwa telah berubah berbanding dipermulaan mereka berkenalan.

Diharapkan saksi yang telah menyaksikan peristiwa ini tampil kehadapan bagi membantu siasatan ini. Anda boleh menghubungi di talian 019-empat-empat dot2..

Sementara itu, gadis tersebut telah selesai Seminar bagi PSM1 beliau. Dinyatakan ia dapat menempuh seminar itu dengan jayanya. Tambah beliau lagi, walaupun berseronok telah menyelesaikan tugasan Power Electronic ia terpaksa menyiapkan kembali laporan penuh PSM1 nya kerana penyelia beliau telah menyuruh beliau menyiapkan laporan didalam Bahasa Melayu.

Kata beliau peristiwa ini sedikit sebanyak telah membantutkan kelancaran beliau untuk menyiapkan pelbagai tugasan.- Bernama

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails