Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

15 April 2009

++Inilah Remaja Masa Kini++

Masalah remaja masakini semakin menjadi-jadi...
Kalau dilihat remaja kini bebas melakukan apa sahaja..
Bangga berbuat salah..
Gembira berkurang ajar..
Megah tidak berakhlak...
Tersengeh tak kena tempat..
-----------------------
KEnapa FenoMena Kini Terjadi..
------------------------
KEnapa dah terberak baru nak cari lubang...
Ni je yg selayaknya dikatakan..
Bila remaja itu mula melakukan sesuatu...
Takde bantahan atau teguran dari ibubapa..
Alasan nya... Biarlah ..
Buat la apa yang di hendak..
Biasala budak...
------------------------------
Huh... bila dah jadi...
Menengking... Sepatutnya..
Ibubapa inilah yang patut ditengking...
Terlalu mengongkong...
Terlalu pemarah..
Semua tu pun penyebab..
Anak-anak ini akan menyembunyikan sikap sebenarnya ketika berada didalam lingkungan ibubapa mereka... Dan mereka mula menjadi mereka bila diluar lingkungan ibubapanya...
--------------------------------
Inilah yang jadi.. Dirumah... nak keluar rumah pun susah... Biasalah anak yang baik... Tapi bila diluar.. Pantang di ajak.. Mengekor... Ekor saja siapa yang mahu diekor.. Janji dapat..
Ini selalunya berlaku kepada remaja perempuan... Nanti dah terjadi baru menyesal.
------------------------------------
Sayang sayang kan dah jadi nangka
Taburan kertas kemewahan menelan simanja
Pinta papa saja papa hidangkan ya
Destinasi mana mama turutkan juga
Didikan cukup disediakan dengan sempurna
Cuma papa mama lupa nak ada bersama
Anakda merana ketagih belaian jiwa
Mengemis kasih saying bibik teman saudara
Tak cukup rasa memang tak serupa
Berkenalan pula dengan kokaina
Khayal khayalnya kebas sentiasa
Diampunya itu lah cintanya
Jamah jamuan santapan harian
Gigilan badan bagaikan taufan
Terlantar telanjang dikamarnya samar
Terpejam dia pejam tercerai dari badan
-----------------------------
Petikan lagu LARI The Fabulous Cats..
---------------------------------------
---------------------------------------
Yang ni pulak selalu terjadi kepada remaja lelaki..
Dimana mereka merasakan diri mereka HERO..
Hero pale otak mu...
Hahah.. Biasalah berebutkan gadis yang tah mcm apatah..
Mula la nak tunjuk taring...
Sape menang pompuan tu dia punya...
Dan juga umpama mahu menunjukkan yang mereka tu kuat hendak melindungi pompuan tu... Baju pulak... cam org apa tah... terabak sana.. Terabak sini..
-------------------------------
INFO: Masalah juvana
-5.4 juta pelajar di seluruh negara -

-Indeks pembabitan pelajar dalam jenayah 0.03 peratus berbanding jumlah keseluruhan
-Usia pelajar bermasalah 13 - 18 tahun -

-Statistik polis: 2007 - 1,837 kes jenayah dan 3,383 pelajar ditahan; 2008 - Meningkat kepada 2,218 kes dan 3,725 pelajar ditahan. -

-Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, 48.1 peratus mat rempit berpunca akibat kebosanan, 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang dan 27.8 peratus dipengaruhi kawan. -

-Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia - Seramai 295 pelajar terbabit dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini. -

-Kajian Universiti Malaya - masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.-
-----------------------------
sumber akhbar Berita Harian
-----------------------------
Inikah anak bangsa yang akan menerajui ONE MALAYSIA...
Bakal-bakal peneraju nya seakan-akan perlu mempunyai noktah hitam didalam hidupnya... Yang perlu dibersihkan dengan klorok.. Menjadi hitam yang samar-samar.. Adakah ini yang dikatakan menimba pengalaman ... Selagi tidak cuba kita tidak tahu.. Inikah antara kreteria2 yg perlu ada untuk memimpin negara kita....
----------------------------
Fikir2kan lah...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails