Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

09 September 2009

++Mendengar Atau Pendengar ++

Mendengar atau pendengar..
Biasalah bila bab dengar je kita selalunya terbayangkan telinga....

Hari ini aku seorang yang tidak mempunyai apa2..
Ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang aku tempuhi bersama pembaca sekalian...

Mendengar...

Mendengar... IYea.. Mendengar... Bila org berkata2 kita akan mendengar...
Seringkali juga kita memerlukan orang lain untuk mendengar masalah kita...
Apa bila kita bercerita, si pendengar akan mendengar dan memberikan respon yang terbaik menyebabkan anda akan terus menerus mengeluarkan cerita mahupun masalah anda kepada pendengar anda...

Pendengar...

Penahkah anda menjadi pendengar yang terbaik.. Apa reaksi anda apabila org lain menceritakan masalah mereka kepada mereka.. Anda akan mengangguk2kan kepala.. ??? Mengeluarkan bunyi2 tanda anda paham...??? ( kecuali bunyi kentut) .. ataupun anda hanya mendiamkan diri ...???

Pernah tidak anda mengalami satu keadaan dimana, anda sedang menceritakan masalah anda kepada rakan anda dan tiba2 anda pula yang menjadi tempat mendengar masalah anda... Ini membawa makna anda yang sedang didominasi oleh rakan anda.. Kerana didalam situasi itu anda lebih memainkan peranan sebagai pendengar..

Namun tidak boleh menyalahkan diri anda sendiri juga.. Kerana terdapat segelintir rakan-rakan anda mahupun anda juga... yang sememangnya lebih gemar menceritakan masalah sendiri daripada mendengar masalah orang lain... Kita pergi kepada contoh berikut, moga-moga contoh yang diberikan sesuai dengan topik...

Suatu hari... Su merasakan dirinya sungguh tertekan kerana PSM Su tidak siap lagi... Su terus mencari Ju untuk menceritakan masalahnya... "Ju...Ju... ko tahu tak Prof aku tu kan... Ish.. aku pun tak paham ler... Aku dah buat dah semua apa yang dia nak... Yang tak jadi tu mmg la.. sebab aku pun tak tahu....Siap nak failkan aku lagi.... Dia kan....." Tak sempat Su nak teruskan terus Ju menyampuk... " Alah ko tak pe lagi.. Aku ni lagi la.... Dr aku tu nak jumpa aku petang ni... Bla..Bla...Bla...." setengah jam Ju terus bercakap.. Menyebabkan Su terus terdiam dan mendengar.. Didalam hati Su berbisik kecil.. Adus masalah aku lagi besar dari masalah dia.. Padahal semalam baru je dia cakap mende yang sama kat aku....

Tamat Citer...

Bagi aku la.. Bila perkataan yang digunakan untuk memotong kata-kata kawan iaitu "AKU LAGI La.." ia membawa maksud yang kawan anda sedang menyatakan masalah dia lebih berat dan besar... Yang layak bersuara adalah dia dan bukan tempat dia untuk mendengar masalah orang lain.... Lama sudah aku perhatikan situasi ini... Bila berlakunya situasi ini... Anda akan merasakan biarlah masalah aku.. aku yang hadapi sendiri...

PS: Aku tak tahu nak simpulkan posting ni mcm mana ErK.. Masih belum layak sebagai seorang penulis....



0 Komen:

Related Posts with Thumbnails