Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

01 March 2010

~ Anak-anak yang di didik ~

Semalam 28hb Feb.. aku dengan raihan keluar le ke BP untuk menyejukkan badan di shoping complex.. hehehe.. lepak dalam br sejuk... sbb cuaca sgt panas..
Layan wayang satu round... best la jugak Niyang Rapik @ Niyang Merapik... xkisah la sbb pelakon semua hensem.. YAyy...

Bukan itu yang aku nak ceritakan.. Hehehe.. Abes je layan wayang terus pegi carefour sbb nak sembahyang. Waktu dalam surau tu. ada la seorang wanita yang membawa 2 orang anak.Umur xpasti tp sorang tu mcm dah darjah 1 kot.. yang sorang lagi mcm tadika. Dua2 lelaki. Sorang tu pegi la amek wudhu`. Mak dia pun bentangkan sejadah sekali. Aku tengok je la budak tu sembahyang. Sekali dia baca kuat2 mcm selalu budak2 sekolah agama belakang umah aku tu baca. Setiap bacaan solat dibaca mmg aku dapat dengar la.. Yang si adik sambil duduk kat belakang abang dia pun baca sekali. Sgt gembira tgk kanak-kanak yang dapat menghafal bacaan solat.. dari tgk kanak-kanak yang menghafal lagu2... hehhe

Sedikit tip mendidik anak-anak cara Rasulullah SAW :
  • TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
  • TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
  • TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  • TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Mula-mula rasa nak ulas.. Sekali tiba-tiba malas datang.. Ulas di lain bicara ya...



~ Anak yang perlulah di didik daripada bayi lagi~

( p/s: Hanya gambar hiasan. Empunya gambar masih single. Kreadit to Fira @ Ya Hilwa utk gambar ni.. I like dis photo... hehe sbb bayi tensen)

2 Komen:

fira ya hilwa said...

haha..ni ke motif ko copy gmbr aku? hihi..
jomlah sme2 kte bljr jd ibu yg begitu ;)

Hafizah said...

Hehehe.. terima kasih atas gambar ko ini.. hehehe...
Iyaa.. ayuh... berusaha.... hehehe.

aku suka tgk gamba ni.. sebb ko happy tp bayi tu tensen.. heheheh..

Related Posts with Thumbnails