Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

21 March 2010

~ Kalau lah ~

Assalamualaikum WBT....

Semalam aku berbicara YM dengan seorang teman.. Tiba-tiba dia bertanya kepada aku... Jawap tau dengan jujur.. Hehehe.. Cuak gak aku nak jawap.. ingat soklan akidah ke... apa ke.. hehehe..

Sekali dia bagi situasi..

KALAULAH...

1st situasi- Aku suka kat sorang ni.. Dan Sorang tu pun suka kat aku. Dalam masa yang sama ada orang lain minat kat aku.. So .. aku pilih mana...

2nd situasi- Aku suka kat sorang ni.. Tapi sorang ni baik dengan aku. tapi suka orang lain... Dalam masa yang sama ada orang yang suka aku. dan aku just macam tu macam tu je ngan dia... Aku pilih mana jugak...

J - Secara jujurnyalah kan.. dalam situasi yang pertama semestilah aku memilih orang yang aku suka dan dia pun suka kat aku. sebab aku tahu aku suka orang tu dan orang tu suka kat aku.. dan memang perkataan maaf yang boleh dihulurkan kepada orang lain yang menyukai aku itu.. Kerana aku untuk mu.. Namun andai pula orang yang aku suka pula.. suka kat orang lain. Apa boleh aku buat.. Ugut bunuh diri... bunuh dia .. mahupun perempuan itu.. Gile ke hape.. Mati semata-mata menda yang tak pasti. (Nauzubillah)... Dan dalam masa yang sama ada orang yang suka dengan aku.. Andai tiada apa yang kurang.. cacat dan celanya.. selagi boleh saling percaya mempercayai.. kenapa tidak aku cuba untuk menyukai orang yang suka kat aku.

S - Hei..Hei.. Kalau mcm ni .. Ini adalah paksaan... samalah mcm ko nak suh org yg ko suka tu suka kat ko..??

J - Masalahnya sekarang orang yang aku suka tu ada orang lain. Yang aku pulak xde sape2x.. maka ianya mungkin tercipta untuk diriku.. Apa salahnya kita cuba... takde peliknya kalau mula dari mula.. dari kita mengharap sesuatu yang bukan milik kita. kenapa kita tidak mencuba yang baru..


S - Cuba kalau ko dah kawen.. Tiba-tiba lelaki yang ko suka dulu datang kembali....

J - Tolong jangan doakan aku menjadi isteri derhaka.. Dah kawen buat cara dah kawen.. Jangan cari kayu api nak hidupkan api.. Sekali dah bawak kayu api.. boleh menyala dan terbakar.. musnah segalanya... menjawap kabar kawan boleh.. namun berpada.. dah kalau melayan melampau2.. umpama memberi harapan baru kepada orang itu.. kenapa mesti musnahkan yang telah indah...


S - Alah bukan buat apa pun.. sekadar msg2x.. call2x.. ajak kuar minum...

J- Itu bukan kayu api dah tu dah bawak bara dari tempat lain je tu.. Gile hape... kalau jenis mcm tu.. kalau slow talk pun takkan paham.. so.. dengan tegasnya berkata... maaf saya sudah berkahwin.. jangan ingat saya lagi.. kisah dulu itu dulu punya.. dulu sape suh taknak.. sekang padan muka.. hahaha.. jwap je mcm tu.. lembut2 kang diri sendri yang merana...


S - Alah tapi hati ko tetap ada dia kan...

J - Perasaan itu mesti ada..kita tak boleh nak menipu hati dan perasaan.. tapi sampai bila nak ikut hati.. ikut hati mati.. sayangilah yang ada pada diri anda sekrang ini... andainya aku la yg belom kawen lg.. dan dia pun belom kawen lg.. xsalah meletakkan peluang dan pengharapan untuk bersama.. jodoh dimana2x.. andai tiada. kenapa mesti berduka... tapi bila dah kawen.. janganlah.. jangan... ulang lagi.. jangan... jangan kacau rumah tangga orang....



Heheheh.. cewah dah mcm drama plak.. Bukan sekadar drama blog. tetapi peringatan.. aku boleh berkata begini waktu ini.. masa akan datang aku tak tahu.. So aku mengharapkan diri aku untuk sentiasa mengingati apa yang telah aku katakan.. Nanti orang akan cakap .. Cakap tak serupa bikin... Tak tahulah hari ini aku boleh berkata begini.. Andai esok berlaku pada aku mudah-mudahan aku teringat kembali posting aku ini.

*tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia... dan tiada juga kaitan dengan yang dah kawen mahupun belum.. Penulisan hanyalah pandangan peribadi dan rasa penulis sahaja.. Andai terkena kat batang hidung.. Padan Muka penulis ucapkan.. *

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails