Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

23 March 2010

~ Keratan akhbar : Bancuh air , salin fotostat ~

Bancuh air, salin fotostat ,Pelajar amali buat tugas remeh


KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mendedahkan ada pelajar universiti yang menjalani latihan praktikal diberi tugasan remeh, termasuk membuat salinan fotostat dan membancuh minuman untuk pegawai atasan.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan, berkata pihaknya juga menerima aduan daripada pelajar terbabit bahawa latihan yang dijalani kurang berkesan dalam membantu mereka membuat persediaan memasuki pasaran kerja.
Beliau berkata, antara punca utama masalah itu ialah disebabkan pihak universiti atau Kementerian Pengajian Tinggi tidak menyediakan sukatan latihan sebagai garis panduan standard untuk diikuti syarikat yang menerima pelajar berkenaan. “Ketika ini, tiada perundangan atau peraturan yang mewajibkan syarikat menyediakan latihan industri kepada pelajar universiti, sebaliknya mereka memberi kerjasama sebagai tanggungjawab sosial,” katanya kepada Berita Harian.

Bagaimanapun, katanya, masalah timbul kerana pihak syarikat tidak jelas apakah output sebenar serta pengisian yang dikehendaki sepanjang tempoh latihan itu.

“Syarikat besar mungkin tiada masalah kerana ada modul latihan sendiri. Namun, kebanyakan syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) tidak mempunyai modul itu dan terpaksa pandai-pandai sendiri memikirkan bentuk latihan kepada pelajar terbabit selama mereka menjalani latihan tiga atau empat bulan.

“Lebih memburukkan keadaan ialah pihak universiti tidak melaksanakan pemantauan secara berkala menyebabkan latihan industri dijalani pelajar sambil lewa saja. Keadaan ini tidak boleh berterusan kerana jika pelajar hanya menjalani latihan secara rambang, dikhuatiri hasilnya nanti tidak seperti yang diharapkan,” katanya.
Shamsuddin berkata, perkara itu pernah dibangkitkan dalam perbincangan antara pihak industri, kementerian dan universiti, tetapi sehingga kini tiada tindakan lanjut diambil.

Malah, katanya, masalah silibus itu ialah antara kekangan yang menyebabkan sebahagian industri keberatan atau tidak berminat untuk bekerjasama menyediakan latihan praktikal kepada pelajar universiti.

Beliau berharap pihak universiti atau kementerian dapat mengeluarkan segera templat silibus yang standard untuk panduan semua syarikat supaya program latihan itu memanfaatkan pelajar dan industri.

Katanya, kekangan lain yang turut dihadapi pihak syarikat ialah ketiadaan insentif tertentu sebagai galakan, di samping risiko menanggung beban sekiranya pelajar mengalami kemalangan ketika menjalani latihan.

“Bagi mengatasi kekangan ini serta menggalakkan penyertaan lebih banyak syarikat, kerajaan disaran memberi insentif seperti potongan cukai, terutama kepada syarikat yang membayar elaun latihan kepada pelajar, manakala pihak universiti wajar menyediakan perlindungan insurans kepada semua pelajar yang menjalani latihan industri,” katanya.

Dah abes baca dah... Hahaha.. salah siapa sekarang ni.. dalam artikel tu umpama menunjukkan salah Pihak Universiti.. Oh my god... apa guna ada unit latihan industri.. ingat derang makan gaji buta ke nak cakap mcm tu.. banyak penilaian dan kajian yang unit tu dah buat untuk menjamin keberkesanan latihan industri kepada pelajar-pelajar...

Secara peribadinyalah.. apa yang aku paham.. motif asal aritkel ini adalah utk ayat ini

"“Bagi mengatasi kekangan ini serta menggalakkan penyertaan lebih banyak syarikat, kerajaan disaran memberi insentif seperti potongan cukai, terutama kepada syarikat yang membayar elaun latihan kepada pelajar, manakala pihak universiti wajar menyediakan perlindungan insurans kepada semua pelajar yang menjalani latihan industri,” katanya.

Nak berkias2 pulak ehh... Cakap je lah terus nak semua tu... Tak payah nak salahkan sape... Ingat2lah kalau syarikat boleh ada unit RnD nya sendri kenapa pihak U takde RnD untuk pelajar LInya sendri...

Dan kepada syarikat.. sudah tahu pelajar tu adalah pelajar amali.. kenapa nak suruh buatkan air or kerja2 yang sepatutnya ada orang yang tertentu yang buat.. nak salahkan pihak u sebab takde modul..?? or saje menjadikan pelajar sebagai kuli dan diugut markah yang kurang kalau tidak dituruti... Oh please... dua2 pihak boleh berfikir.. dan bagi aku terlalu kunolah yang masih mendera student LI dengan membuat air tu... tak bertamadun dan tak boleh berfikir....

TITIK NOKTAH

p/s: tak payah nak marah aku.. ni apa yang aku rasa... ada otak pikir sendri... tak wujudnya LI ni kalau pihak U tidak memikirkan baik buruk LI ni.. pasti sudah difikirkan tapi tanpa kerjasama... huh.. inilah jadinya..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails