Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

21 April 2010

~Coretan perjalanan akhir student degree BEE : Part 2~

Semakin masa berlalu..
Semakin terasa akan pergi ke satu fasa yang lain..
Barang-barang boleh dipack..
Namun kenangan yang terabur masih belum dapat disatukan..

Setiap sudut.. Setiap inchi di tanah UTHM ini..
Pasti aku rindui..
Kerana setiap saat dan ketikanya aku berada disini...

Teringat ketika bersembang dengan Dayat..
Sesak nafas bila mengenangkan perpisahan...
Terasa dunia ni sempit... dan menghimpit..
Bila semakin tiba waktu berpisah..

Terkenang ketika perpisahan dengan 
sahabat-sahabat LHK ku.. 
Dimana masa dan ketika itu...
Air mata mengiringi setiap langkah perpisahan..

Tapi keadaan ini jugalah yang aku rasa ketika di PUO..
Masa ketika berpisah dengan Kak Awin..
Sambil makan Koko Krounch aku menangis 
memandang tingkap kearah masjid jalan dairy..

Dimasa ketika di atas motor zila
aku menangis kerana berpisah rakan-rakan DKE aku..
Bertapa tertahannya air mata di Ulu Chepor ketika
semuanya menitiskan airmata..

Dimasa ketika di Dusun Pak Kole..
Ketika aku menangis berpisah dengan Syu..
Terasa seperti semalam perpisahan ini..

Namun itu umpama satu perkitaran..
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Namun perpisahan abadi hanyalah kematian...
Aku masih dapat berhubung dengan kalian ..
walau secara maya...

Tiada apa yang dapat memisahkan seuatu pertemuaan sebenarnya..
Kecuali yang nyata dan abadi....


*kenangan tetap kenangan tidak perlu dilupakan atau dibuang*

~End for Part 2~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails