Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

23 June 2010

~Berusahalah selagi kita mampu~

~Berusahalah selagi kita mampu~

Mungkin ini adalah topik bagi hari ini.. 
Kenapa kita perlu berusaha... KErana usaha itu tangga kejayaan..
Kenapa ia tangga kejayaan... Kerana kita hendak mencapai cita-cita..

Ramai yang selalu berkata..
Aku dah berusaha... Aku dah buat segalanya tapi kenapa tak nampak hasilnya...
Mungkin jugalah kerana kejayaan anda bukan hadir pada kali pertama.. Mungkin pada kali kedua...
Mungkin jugalah bukan hadir pada yang kedua.. Mungkin yang kelima atau ke sepuluh...

Berbalik kepada isu.. Idea ini hadir dah lama.. ketika ak kena ceramah dengan Encik Zainal dalam Van TM.. Hehehe.. Tidak salah kita meminta pertolongan orang lain.. Tetapi sampai bila...?
Tengah orang suka dan sayang kat kita.. Pasti segera je bantuan dihulurkan.. Cuba suka telah hilang.. Sayang bertukar benci.. Pastinya segala permintaan kita bertukar menjadi caki maki.. 

Tidak payah bersusah-susah hendak melihat contoh yang jauh.. cuba renungkan pada diri kita.. apa kita sendri yang rasa... Waktu mula-mula kenal .. kita buleh lagi nak bertolak ansur.. tetapi bila dah sampai saat dan ketika kita merasakan kawan baru mula berlebih-lebih.. apa yang kita rasa.. pasti banyak alasan yang diberikan daripada bantuan..

Kadang-kadang kita buleh rasa sendri.. andainya kita tiba-tiba merasakan kawan kita seolah-olah menjauhkan diri dari kita.. pasti ada sebabnya.. jangan terus hendak menunding jari kepada kawan kita tetapi lihat balek diri sendri.. dari hujung rambut ke hujung kuku kaki yang tidak berpotong tu... Mungkin ada silapnya dibahagian kaki.. mungkin juga di bahagian badannya... 

Mungkin kita telah terlebih-lebih mengada-ngada kat kawan kita.. bila ini terjadi.. kitalah yang seharusnya melakukan perubahan... tukar kembali cara pergaulan ... ada pasang surutnya didalam pergaulan.. kadang-kadang kemesraan perlu ditonjolkan.. ada juga ketegasan perlu dipamerkan.. ternyata kepercayaan terhadap kawan kita perlu diutamakan.. amanah pula perlu diserap kedalam persahabatan yang terjalin.. Sebagaimana kawan kita percaya kepada kita seperti itulah juga kita perlu percaya kepada kawan kita.. Jangan hanya kerana kepentingan diri sendiri.. Kepercayaan kita pertaruhkan... Bila tercabulnya kepercayaan ikatan persahabatan boleh reput tanpa jemur... 

Sekian .. Terima kasih.. Hehehehe


~ Corak langkah pertama adalah corak pada masa hadapan ~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails