Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

29 September 2010

~Payah.. Susah PAyah~

Adakah hati akan berasa senang apabila melupakan segala kesalahan yang orang lain buat kepada kita..

Adakah hati akan gembira apabila dengan cara senang lenangnya memaafkan segala kesalahan yang telah orang lakukan kepada kita..

Seharusnya begitu... dan ternyata patut begitu.. serta hakikatnya perlu begitu...

tapi kenyataannya ITUKAH... Tak..Tak... Tidak kenyataannya... amat payah untuk memaafkan kesalahan besar yang pernah terjadi kepada diri kita.. 
Bibir mungkin mudah mengungkapkan kemaafan... namun jauh disudut hati.. isk.. tak mungkin...

Itu terjadi apabila orang itu nyata dan ternyata membuat kesalahan kepada kita...

Tetapi bagaimana pula bila membenci orang yang tidak pernah membuat kesalahan kepada diri kita...

Itu pun sangat payah.. dah susah.. susah sekali membenci orang yang pernah kita sayang... Susahnya menyatakan yang aku benci dia kerana tiada salah yang pernah ia lakukan kepada aku......!!!

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails