Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

23 October 2010

~Coretan Blog ku~

Salam sekali lagi aku merepek...
(Aiya aku tak bule nak tido dah kul 2.36 dah ni)

Ini adalah posting yang ke-407.. hurm agak banyak namun tak banyak ( isk pening aku)

Okeh berbalik kepada topik aku..
Hari ini aku ingin berbicara sejarah aku memblogging...
Aku create blog ini adalah pada Ogos 2008...
Lama sudah tu.. sudah 2 tahun lebih sikit-sikit la gitu..
Aku ingat lagi 1st posting aku adalah ketika aku di Kolej Tun Fatimah..
Ketika aku sedang bergolek-golek di atas lantai bilik aku..



Ini adalah posting 1st aku.. Eheh dah ada blog le...
Blog asal aku adalah membawa tema
~Menjana Pemikiran Kritis dan Inovasi namun sensasi~

Sekali telah dikritik tajam oleh sesetengah pihak yang bagi akulah kecewa dengan penampilan aku yang kurang menyenangkan kerana aku telah menjadikan blog aku ni sebagai tempat aku melepaskan segala tekanan aku..

Dan bila dilihat kembali blog aku juga banyak menceritakan tentang hati dan perasaan.. Ia.. suka duka aku masih bersama-sama blog ini... yang pasti aku masih merindui insan itu (insan tu nak baca ke blog aku ni .. isk)

Kadang kala dalam sehari aku boleh post begitu banyak posting.. ikutkan aku paling tak suka blog yang suka meng`copy` dan `paste` artikel dari blog orang.. namun didalam blog aku pun ada gak posting yang aku `copy`. ( tu la .. paku dulang paku lama.. mengata orang aku pun sama)

Tapi apa yang dapat aku katakan disini.. cara penulisan aku berubah hari demi hari.. dari panjang berjela-jela menjadi kadang kala satu je perkataan... apa pun... aku suka membaca blog yang blogger nye taip perkataannya penuh.. bukan seperti menaip sms.. hehehe...
p/s: bila dibaca kembali posting lama-lama.. aku terpikir benarkah aku yang menulis.. isk.. yele kot.. isk..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails