Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

30 October 2010

~Mari berbicara minda~

Assalamualaikum... Salam hari ahad..

Kembali berbicara minda dan kali ini bukanlah aku akan berbicara tentang H & P...

Walaupun aku kurang pasti dengan topik yang aku ingin ulaskan namun marilah sama-sama kita memahaminya (ayat poyos)

~1St ToPiC~

Selalunya apabila kita sudah giat berusaha namun terus bersemuka dengan kegagalan ia kerapkali membuatkan diri ini merasa kecewa. Contohnya, banyak kilang2x yang aku dah hantar resume dan bertuahnya aku dipanggil kesemua kilang yang aku apply. Namun mungkin rezeki itu tiada , satu kilang pun tetap tak panggil aku bekerja. Secara realitinya seharusnya aku akan merasa kecewa dan kadangkala pasti terlintas " kenapalah dengan aku ni.. adakah rezeki itu sudah tertutup untuk diriku". (arghh realitinya satu kilang pun tak panggil aku !!!!!).. 

Ada juga yang mempunyai rezeki untuk berintebiu dengan sektor pekerjaan kerajaan. Seperti mudah sahaja mereka-mereka ini disenarai pendekkan oleh pihak SPA. (aku jugak le yang tak disenarai pendekkan oleh pihak SPA jugakkk....!!!!!!) Tapi seharusnya diingatkan. Senarai yang pendek itu bukanlah terlalu pendek masih berhelai-helai kertas yang digunakan. Ada yang hanya meletakkan pada satu harapan sahaja. Seperti terlalu yakin akan dapat pada yang satu tu.

Motif uNtUk TopiC ini........

Tiba-tiba aku tak rasa aku akan bergantung harap pada yang satu. Seperti aku memanglah telah mengapply master edu. tapi tiba-tiba aku kurang yakin aku akan diterima. Aku juga ada apply kilang-kilang ( isk.. sedia ke aku nak jadi minah kilang ni) tapi bagi aku la kan berbekalkan kelayakan itu pun aku masih merasa kurang. Sebenarnya aku sangat jeles melihat orang yang mempunyai keyakinan yang sangat tinggi. Serta jeles juga kepada orang yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan kental . ( toing..toing.. kental mcm agar-agar .. hhahahaha)

~2nd topIC~

Hurm.. adakah aku ini tergolong didalam golongan yang kurang bertuah. Apa itu tuah.. Hang tuah..??? Dr tuah...??? Tuah ayam...?? Tuah ayam nampak dikaki tuah orang tak siapa yang tahu.. Hehehe... Kenapa kita harus meletakkan diri ini didalam keadaan yang kurang bertuah. Apa bezanya kita dengan orang yang kita anggapkan bertuah.. " Yelah deme tu bertuah.. buat apa pun jadi je.. idak le macam aku ni.. buat ni tak jadi.. mintak ni tak dapat.. semua la .. semua la tak dapat... argghhh tensen-tensen..." 
Cuba lihat balik kepada orang yang kita anggapkan bertuah itu sebenarnya. Apa yang telah membezakan kita. Usahanya ...??? Caranya...?? Semangatnya...?? Samakah dengan kita....?? Kalau semua itu kurang dari mereka.. jangan bermimpilah sayang.. tingkatkan usaha kita secara jelas dan nyata ianya salah kita. kenapa kita mesti malas ?? Teruskan berusaha.. Chaiyok2x..

Kalau cara kita sama sahaja dengan mereka.. mungkin ... mungkinlah usaha kita haruslah dipertingkatkan lagi untuk menggapai kejayaan itu. Bagaimana pula jika usaha kita lebih lagi dari mereka yang dianggap bertuah itu... Seharusnya mereka itu sememangnya bertuah.. Hahhahaha... Taklah... itulah dinamakan rezeki. Ketentuan Illahi itu adalah pasti. Kenapa mesti merungut-rungut sedangkan Allah telah menetapkan yang terbaik untuk diri kita. Kerana takdir itu adalah qada dan qadar kita. Segalanya telah ditentukan kita yang harus berusaha untuk menggapai apa yang telah ditentukan..

Motif untuk tOpIC ini....

Kadangkala aku berasa kecewa atau down sangat-sangat bila melihat orang yang berjaya sedangkan aku masih disini.. Kerapkali aku aku berkata-kata...

"ORang dah sampai ke Bulan... Tapi aku masih disini merenung atap rumbia"

Kadang-kadang merungut-rungut juga aku.. kenapa...kenapa.. kenapa.... sedangkan tanpa aku sedar aku sedang mempertikaikan takdir aku.. Itu adalah takdir aku.. aku hendak marah kepada siapa.. siapa yang telah menentukan takdir kepada aku.. adakah aku sedang marah kepada tuhanku..!! Isk..


Hurm.. Sampai sini je kot.. aku lapar la.. hahahaha... Bila perut itu kosong... Minda pun terasa kosong.. hurm .. mcm tak boleh terima je ayat tu...

Mood: Sedikit bagus.. tangan aku dah boleh gerak sikit-sikit tapi tetap macam tu lemah je...
Jiwa : Gembira.. hehe. mak baru call dari Mekah.. temanku dari Mekah juga baru msg.. hehe
Cuaca : Sejuk lagi.. sampai aku pakai baju lengan panjang kat rumah.. isk...
Kewangan: Tiada kewangan.. semuanya dari poket padil dan kak ilah.. bila nak keje ni.. waaaaa

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails