Di waktu kelas pengajian. Ustaz pernah berkata. Kalau rasa malas sangat-sangat pun nak baca Al-Quran ni baca lah sehari tu satu ayat.. Nanti bila dah rajin sikit bacala pula satu muka surat.. nanti boleh baca satu surah tak pun boleh baca satu juzuk sehari..
Bila aku tengok dan teliti balik diri aku ni.. aku selalu mengambil langkah-langkah yang paling minima didalam apa sahaja perkara yang aku buat termasuklah didalam membaca Al-Quran. aides...
Bukan niat untuk menunjuk atau nak memberi tahu yang aku ni mengaji.. mesti ada yang cakap.. "hek eleh... buat posting macam ni nak bagitau dia tu mengaji la tu.." Bukan..Bukan.. ini hanyalah untuk peringatan diri kepada aku mahupun kepada sesiapa yang beringat .. hehehehe
Umur aku kini adalah 24 tahun... Dicampur tambah tolak bahagi sepatutnya sekurang-kurangnya lebih dari 10 kali aku harus mengkhatam Al`Quran ni.. Aku sepatutnya malu dengan diri sendiri kerana boleh dikira dengan sebelah tangan je baru berapa kali.. isk..
Jadi Fizah.. jangan malas2x.. hari-hari bacalah... kalau dah sehari satu ayat bila nak lengkapnye.. umur dah meningkat la... Dan haruslah juga didalami isi dan maknanya.. Agar dapat memberi pedoman kepada hidup.. Insya Allah...
~Kadangkala kita hanya suka berbicara tentang kehidupan dan H&P.. Kita sering lupa kita ni adalah milik siapa~
Mood: Bagus.. tangan semakin ok.. tapi kali ni lemah belah kanan pula.. isk..
Jiwa : Caca merba .. biasa la bila nak masuk hari isnin ni..
Cuaca :Sejuk sesangat.. aku xtahan .. naseb ada heater dalam bilik air.. haha
Kewangan: Baru ku sedari hanya syiling saje dalam dompet aku.. isk
0 Komen:
Post a Comment