Fuh...Fuh.. Tarik nafas panjang-panjang.. Regang-regangkan otot. Kembali bersedia untuk menyambung cerpen yang terbengkalai lama dahulu. Mungkin cara penulisan akan berubah kerana mood penulis sudah berubah. okeh.. start.. Bismillahhirrahmanirahim..
~~~
"Sabar-sabar terus berusaha Dila'" jerit hati kecilku. Lambakan kerja memang sering menyesakkan pemikiran aku. Argh.. inilah padahnya bila kerja bertangguh. Ya Allah mudahkanlah segala urusanku. Terdetik aku untuk berdoa memohon dipermudahkan urusan.Kerja-kerja tahun akhir memang banyak menganggu gugat kehidupan aku. Apakan daya untuk memenuhi keperluan untuk menamatkan pengajian pelbagai tugasan perlu disempurnakan.
Tiba-tiba lagu Cinta Terakhir dari Aiman berkumandang. "eh, sms la. sapa la yang nak mengacau waktu-waktu sesak ini" sekali tertera nama insan yang sedang bertahta dihati aku. Pesanannya sangat ringkas namum berbekas dihati ini. Semangat pun umpama telah dikipas-kipas. Ya.. Kau membara.. BErsemangat. Berulang kali mesej yang ringkas itu dibaca " salam, moga sabar menempuhi cabaran yang mendatang ini. Good luck untuk semester akhir ini. " Hehe.. tersenyum lebar aku sambil menyambung kerja-kerja yang terbengkalai.
~~~~
Angin sepoi-sepoi bahasa menerpa ke muka ku. Terasa indah dan sempurna ciptaan Illahi. Tiba-tiba fikiran aku melayang teringatkan Imran. Lagi beberapa minggu sahaja lagi kami akan diijabkabulkan. Terasa cepat pula zaman bujang ini akan berlaku. Ingatan aku terhadap kenangan bersama Rina ketika dikampus juga tiba-tiba memenuhi setiap ruang ingatan aku. Bahagia sudah Rina kini bersama suaminya. Kadangkala Rina selalu juga mengirimkan mesej kepada aku. Seringkali aku membalasnya, namun keadaan tidak akan sama seperti dulu. Rina sudah mempunyai tanggungjawab kepada keluarganya. Dan aku bakal menyusul.
Rasa bergetar didalam beg aku. Alamak-alamak henset berbunyilah. Rupa-rupanya rakan sepejabat aku menelefon. " Dila, I hope u dah siapkan dah proposal tu. Esok kita ada miting dengan bos. Hehe. I tahu hari u dah sampai tapi kerja jangan lupa yer.!!" Melopong aku sebentar mendengar ayat yang meluncur laju dari mulut Jeanna. Hurm, JEANNA... rakan kerja yang banyak membantu ketika aku mula-mula masuk bekerja di syarikat yang sedang aku bekerja. Alhamdulillah. Rezeki menyebelahi aku. Takdir telah menentukan setelah selesai tamat pengajian aku ditempatkan bekerja ditempat yang sangat selesa.
~~~~
Malam hampir melabuhkan tirainya dan pagi semakin meronta untuk keluar menandakan hari yang baru. Ternyata kenyataan itu semakin pasti. Hanya alunan ayat-ayat suci terus berkumandang memenuhi segenap ruang dirumah ini. Terasa sempit didada. Air mata juga tidak mampu dialirkan lagi. Aku harus tabah. Sebentar lagi perpisahan yang panjang akan terjadi. Berpisahlah kita sementara di dunia ini. Moga kita berjumpa di alam yang kekal abadi.
Sambung lagi ~
Ades.. seyes aku dah xde idea.. sila sambung. tambah-tambah part-part kawen ni. aku mana kawen lagi wei.. mana aku nak bagi jalan citer ni best wei.. wei.. wei..
p/s : sape yang tak pernah baca cerpen ni boleh lah mengklik di link Cerpen Blog tu.. nanti yang lama-lama dah berhabuk tu keluar yer.. sebab lama ya amat baru aku nak sambung.. hahaha
p/s : sape yang tak pernah baca cerpen ni boleh lah mengklik di link Cerpen Blog tu.. nanti yang lama-lama dah berhabuk tu keluar yer.. sebab lama ya amat baru aku nak sambung.. hahaha
0 Komen:
Post a Comment