Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

30 November 2010

~Kebetulan...?~

Assalamualaikum dan Salam berbicara...

Cuba kita berfikir tentang kebetulan..
Jika kebetulan itu membawa kepada kebahagian pasti diri ini akan gembira...
Namun .. Bagaimana jika kebetulan itu membawa kepada padah.. Pilunya rasa hati..

Bayangkan ..
Sedang kita berjalan-jalan.. Secara kebetulan kita terjumpa dengan satu ikat duit RM100.. Pasti keterujaan terbit dalam hati kita..

Bagaimana pula jika..
Sedang kita berjalan-jalan.. Tiba-tiba kayu jatuh atas kita dan kita pergi buat selama-lamanya..Isk.. 

Kadang-kadang aku merasakan aku masih bernasib baik. Kerana secara KEBETULAN apa yang aku lakukkan membawa kepada diri aku sekarang ini..

bagaimana jika tadi aku berjalan dan tiba-tiba aku dilanggar oleh lori.. pasti kini aku sudah tiada.. 
Namun kebetulan aku berjalan.. Lori itu lalu ditepi aku...jadi aku masih selamat.. Adakah kerana aku kebetulan berjalan ditepi jalan...?

Ya..Aku tahu itu adalah takdir ... Qada dan Qadar yang telah ditentukan kepada setiap insan. Namun kadang kala. Sempit dada aku mengenangkan.. Bagaimana jika sesaat lagi nyawaku ditarik.. Bagaimana hidupnya seorang diri... Jika didunia.. walaupun seorang kita tetap masih boleh mencari teman.. Namun bagaimana bila nanti.. Pasti... segalanya dilalui SENDIRI....

Ya Allah mudahkanlah segala-galanya... Sampai tidak tertutup mataku ketika mengantuk jika dikenangkan tentang KEMATIAN... isk...

Mungkin sedih bagi kita untuk menerima pemergian orang yang kita sayang. Namun terfikir tidak kita.. Bagaimana rasanya jika diri kita yang akan pergi.. Tak dapat dibayangkan oleh perasaan... Dah la sampai sini je la.. sesak rasanya dada aku bila berbicara tentang ini...~

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails