Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

30 November 2010

~Salah siapa..?~

Assalamualaikum dan salam berbicara..

Kadang-kadang aku rasa malas hendak memikirkan hal yang berlaku didunia ini. Minyak naik.. Harga barang naik... Anak gadis lari dari rumah.. Rasuah... Sundal.. Buang bayi.. Banyaklah lagi hal-hal didunia ini..

Sebab yelah yang dilarang tulah yang orang tergedik-gedik nak buatnya pun. Nak salahkan siapa...? Hanya jari saja yang dapat ditunjuk ke semua arah namun tidak diketahui kepada siapa.. 

Salah diri sendiri...? Selalu juga banyak perkara adalah atas salah diri sendiri. Kita tidak dapat memikirkan mana keperluan ataupun kehendak.. Tidak dapat berfikir menggunakan minda tetapi mengikut hati dan perasaan. Dimana letaknya logik akal.. Jika.. Lautan api sanggup ku redahi.. Inilah akibatnya jika berfikir menggunakan hati dan perasaan .. Jika berfikir menggunakan minda .. Manalah mampu nak berenang-renang dalam api .. logik akal la sikit ...

Salah orang lain..? Kenapa nak salahkan orang lain. Namun adakalanya perlu disalahkan jika tidak pernah menegur. Di dalam Islam juga ada menyatakan jika kita tidak bersolat dan orang sekeliling kita tidak menegur kita maka kita dan orang sekeliling akan berdosa. Namun jika sudah ditegah, janganlah menunding jari mengikut sedap anda sahaja. Kerana itu perlunya didunia ini penyokong dan pembangkang. Adakalanya dipihak penyokong ianya benar dan adakalanya salah. Namun selalunya yang salah itu pasti tidak akan nampak oleh diri sendiri. Maka pihak yang berlawanan akan menegur segalanya.. Pihak pembangkang pun sama juga. Ada yang benar dan ada yang salahnya. Namun jangalah terlalu ego dan bongkak sehinggakan teguran pun tidak dapat diterima. Itu BODOH SOMBONG namanya..

Salah masyarakat...? Akan salah jika masyarakat tidak mengambil tahu tentang perihal yang berlaku di sekelilingnya. Namun jangan dimarah atau dimaki jika masyarakat mengambil tahu tentang diri anda. Mereka bukan menyibuk tetapi mereka menunaikan tanggungjawabnya. Jangan mengecop masyarakat yang mengambil tahu dengan "Menjaga tepi kain orang". Kira bagus la jaga tepi kain.. Tak jaga dalam kain lagi...

Salah pemimpin....? Pemimpin juga jika tidak menjadi pemimpin mereka adalah kita. Kita jika menjadi pemimpin maka kita adalah pemimpin. Pemimpin juga manusia biasa. Mereka bukan Nabi.. Tiada dosa. Mereka juga berdosa. Namun mereka memimpin orang bawahannya agar tidak kacau bilau. Namun bila pemimpin itu yang kacau bilau.. Maka PEMIMPIN itu adalah seorang PEMIMPI.

~End~


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails