Jeruktimun.blogspot.com milik Hafizah Rahim
~Selamat Datang kepada semua blogger. Blog ini membawa motif peribadi dan segalanya adalah dari hasil setitis keringat penulis. Yang mana baik jadikan pedoman dan mana yang buruk adalah hak penulis. Moga semua blogger yang datang dapat meninggalkan jejak anda. Terima Kasih~

27 November 2010

~StoRy By StOrY for 27 Nov 2010~

Assalamualaikum.. Dan salam berbicara...

Rasa macam nak buat SBS jer.. Sebab rasa nak tido awal. HEhehe.. PEnat Seh...!!

~1`st StOry~

Baru je selesai masak... dah ngap pun.. Basuh pinggan semua.. Kuali je xbasuh sebab rendam.  Baju semua dah basuh.. Sidai dah dalam rumah.. Sebab esok nak g Penang.. Kalo sidai luar rumah sah-sah basah balek.. Masalah yang paling besar adalah. Baju menimbun dalam bilik mak. Ades. Dah lah mak dan abah aku dah nak balek dah dari Haji. Kang tengok bilik gitu. Ada yang g buat Umrah pulak kang..

~2`nd StOry~

Aku tak tahu fikiran aku sekarang ni kat mana. Melayang-layang. Huk Aloh.. Sampai tadi.. lepas je aku siap masak. Aku boleh tinggalkan je masakan aku atas kuali api tak tutup. Dan aku pergi basuh pinggan dengan jayanya.. Naseb aku siap-siap jerit suh Padel ceduk dalam mangkuk. Dah berkerak.. Tu sebab kena rendam kuali..

~3`th StOrY~

Isk.. penat ... lenguh badan.. o... Yelah aritu kerja dibahagi dua. basuh baju dan sidai baju dulu kak Ilah buat. Ni dia dah balek perlis so aku telah memegang jawapan sebagai Cleaner dan Chef kat rumah ni.. Eish.. Memang rasa penat.... Tak PE Fizah sabar-sabar.. Nanti dah kawen lagi la kena buat sorang tapi kalo bakal laki aku rajin bagus gak.. Hahahaha...Ngee~ berangan lebih...

~4`th StOry~

PErhatian kepada Para MAkcik Dan GAdis-GadIs... Surau Awam di Stesen Petronas ataupun stesen minyak yang lain adalah milik semua orang. Jadi yang gatal pergi kunci sape suruh...  korang pun menumpang gak.. NAk privasi lebih pasal pa.. Tampar kang....

~5`th StOrY~

Ehek.. 1st time aku pergi kenduri aku kena makan bersila tepi longkang bermejakan buntut pasu bunga.. Aku yang vogue-vogue ni kena menjatuhkan vogue aku.. Yelah rumah kawan dah lama tak pergi .. layan je la.. macam tak pernah lepak tepi longkang. Kat sekolah dulu selalu je lepak dalam longkang.. Dulu slim lagi.. Boleh dok dalam longkang.. Sekang longkang pun menjerit suh duduk tepi je.. hahahaha

~6`th StOry~

Isk.. Tiada apa yang boleh aku ceritakan ketika bertemu teman-teman lama. Aku lebih diam jer.. Yelah.. aku kan penganggur.. Chenta hati pun takde.. Huk Alohhh... Yang sorang bercerita tentang sebagai Enggineernya... Dan sorang lagi bercerita tentang akan kahwennya.. Waaaa.. Dua-dua aku takde lagi sekang ni.. KErjaya tiada.... Chenta Hati pun takde.. ISk.. Apalah naseb... Sob..SOb...SoB...

~7`th StOrY~

Berdebar-debar rasa hati aku. Seyes.. Bergetar-getar ala agar-agar jer.. DApat ... tak Dapat... DApat... Tak DaPat... Waaaa. Harap dapat la.. Doakan aku yer semua blogger-blogger yang aku sayangi.. Isk.. Doakan aku dapat sambung belajar. Moga-moga permohonan aku diterima.. Isk..

~8`th StOrY~

Kenapa eh.....? Biarpun aku tak kenal sape-sape yang baca blog aku. Tapi aku tetap nak berkongsi dengan semua-semua... Rasa lega bila dapat bercerita..Adakah kerana kita ini adalah sama.....??

Tamat dah... SBS kali ini...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails